MERSING : UMNO TERUS TEGUH, PPBM HANYA 2 CAWANGAN

Mersing, 17 Ogos – Tatkala Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Mersing terpaksa menangguhkan mesyuarat bahagiannya akibat tidak cukup cawangan untuk bersidang, UMNO Mersing terus teguh dan bersemangat apabila mengadakan mesyuarat perwakilannya pada hari ini.

Ketua Bahagiannya, Encik Mohd Youzaimi Hj Yusof dalam ucapannya terus mengingatkan kepada para perwakilan agar menghayati sepenuhnya cogan kata UMNO (Bersatu, Bersetia, Berkhidmat) dalam setiap langkah perjuangan parti. Cogan kata itu tidak sepatutnya hanya menjadi hiasan dalam logo parti semata-mata.

Beliau menjelaskan, cogan kata pertama iaitu “bersatu”. Kesetiaan yang ditunjukkan ahli-ahli parti akar umbi yang tetap hadir ke mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian Mersing pada kali ini harus dijadikan contoh kepada semua kepimpinan.

“Jangan jadi seperti Pakatan Harapan, yang sering bertelagah. Khususnya PPBM di Mersing yang tidak bersatu. Mereka masih tidak mampu untuk membuat mesyuarat kerana jumlah cawangan mereka hanya ada dua sahaja, dan oleh itu mereka tidak dapat menubuhkan bahagian di Mersing”. Ujarnya.

Cogan kata UMNO yang kedua adalah “bersetia”, yang mana menjadi prinsip yang sangat penting dalam perjuangan. “Tindakan mereka yang melompat dari UMNO di Mersing ini langsung tidak dapat diterima oleh ahli UMNO di Mersing yang mana tindakan yang tidak bermoral. Tindakan tersebut telah mempermainkan mandat yang diberikan oleh parti selama ini”.

Cogan kata yang ketiga adalah “berkhidmat”. Menurutnya, tidak kira apa status UMNO sama ada sebagai kerajaan atau pembangkang, UMNO Mersing akan terus menjadi wadah untuk menyumbangkan khidmat bakti kepada rakyat.

Di akhir ucapan, Ketua Bahagian Mersing itu telah berikrar akan memastikan bahawa kerusi parlimen dan satu DUN Mersing akan dirampas semula kepada UMNO, di samping mengekalkan kerusi DUN Tenggaroh. Beliau terus mengharapkan kerjasama yang utuh daripada rakan-rakan komponen BN dan juga kerjasama ummah bersama PAS.

Dalam pada itu Pengerusi UMNO Johor, Datuk Ir. Hasni Mohammad dalam ucapan perasmiannya menggesa semua perwakilan untuk terus berjuang, walaupun sebahagian bekas-bekas pemimpin kita telah memilih haluan masing-masing sebagaimana yang berlaku di Mersing ini. Bertitik tolak daripada itu, perjuangan kita terhadap parti UMNO ini akan terus diperkemas dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Beliau juga mengharapkan agar semua perwakilan untuk terus menyokong kepimpinan Ketua Bahagian yang baharu ini, yang sanggup memikul tanggungjawab untuk mengambil alih kepimpinan UMNO Bahagian setelah penyandangnya sebelum ini telah melompat parti.

Dalam konteks kerajaan hari ini, beliau menyatakan bahawa Pakatan Harapan tidak mempunyai perancangan menyeluruh dalam mentadbir Negeri Johor. Sebagai contoh, dalam konteks mengurus krisis pencemaran alam sekitar di Pasir Gudang. Dan kepimpinan kerajaan negeri yang tidak berkreadibiliti ini juga telah dibuktikan apabila Menteri Besar sebelum ini yang meletak jawatan setelah tidak sampai setahun memimpin.

Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Mersing ini telah dihadiri lebih 500 perwakilan daripada lebih 50 cawangan di sekitar Mersing. Turut hadir adalah kepimpinan MCA, MIC, PAS, ADUN Tenggaroh (YB Raven Kumar A/L Krishnasamy) dan kepimpinan UMNO Sembrong selalu penyelaras/wakil UMNO Johor.

Syabas UMNO Mersing, bersama-sama kita rampas kembali kerusi wakil rakyat yang telah melompat di Mersing !

#UMNOJohorBangkit #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: