Rekod hampir 70 tahun Dong Zong anti perpaduan nasional

Apabila Perdana Menteri menggelarkan pertubuhan Dong Zong (Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina) sebagai rasis, Lim Kit Siang dan anaknya Lim Guan Eng membantah kenyataan tersebut. Menurut mereka, Dong Zong hanya melindungi kepentingan pendidikan Cina dan menjunjung dasar bahasa kebangsaan.

Benarkah begitu? Rekod sejarah gerakan Dong Zong menunjukkan tindakan yang berbeza, iaitu mereka menentang pelaksanaan bahasa kebangsaan di sekolah aliran Cina. Di bawah ini disenaraikan beberapa bukti gerakan penentangan Dong Zong terhadap bahasa kebangsaan dan usaha menyatukan kaum:

1) Bantah arahan penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam perhimpunan sekolah

10 Oktober 1984, Timbalan Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Zainal Abidin Baharudin menandatangani surat pekeliling mengarahkan semua guru besar sekolah rendah menggunakan bahasa kebangsaan semasa perhimpunan sekolah. Dua minggu kemudian, Pengarah Pelajaran Wilayah Persekutuan, Mohd Hussein Ahmad mengeluarkan pekeliling mewajibkan Guru Besar SJK (C) menggunakan bahasa kebangsaan semasa perhimpunan sekolah.

Tujuannya adalah untuk melatih murid supaya meningkatkan penguasaan bahasa kebangsaan kerana pihak kementerian mendapati tahap penguasaan bahasa kebangsaan di SJK (C) sangat rendah.

Beberapa siri protes dianjurkan oleh Dong Jiao Zong, menentang arahan tersebut. Hujahnya, ia bertentangan dengan prinsip penggunaan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar di SJK (C). Antara bentuk protes adalah seperti ‘duduk dan bantah’ di hadapan pintu masuk Kementerian Pelajaran Malaysia (ketika itu Menterinya ialah Pak Lah), demonstrasi di Dewan Perhimpunan Cina Selangor yang hasilnya berupa penyerahan memorandum menuntut arahan kementerian ditarik semula.

2) Bantah program Sekolah Integrasi

5 Ogos 1985, Menteri Pelajaran, Abdullah Ahmad Badawai mengumumkan 18 buah sekolah terpilih untuk menyertai Program Percubaan Sekolah Integrasi bermula pada tahun berikutnya, 1986. Secara ringkas, Sekolah Integrasi merupakan projek Sekolah Kebangsaan, SJK (C) dan SJK (T) di dalam satu kawasan yang sama akan digabungkan dalam kegiatan kokurikulum.

Tujuannya supaya murid-murid pelbagai kaum dapat diintegrasi bagi tujuan mencapai matlamat perpaduan nasional.

Dong Zong bersama 2,500 orang mengadakan demonstrasi raksasa membantah program Sekolah Integrasi di SJK(C) Kepala Batas (kawasan Parlimen Pak Lah) pada 30 Oktober 1985. Alasan mereka, bahasa yang akan dipakai untuk program tersebut bakal menghakis identiti SJK (C).

3) Membantah projek Sekolah Wawasan

26 Ogos 1995, Menteri Pendidikan, Najib Abdul Razak mengumumkan sekolah Wawasan akan dibina dengan melibatkan beberapa buah SJK (C). Ringkasnya, ia merupakan projek menyatukan sekolah-sekolah kecil yang mempunyai murid kurang daripada 150 orang di kawasan luar bandar ke satu kompleks sekolah yang baharu.

Tujuannya supaya sekolah dapat mengoptimumkan kemudahan dan menggalakkan kerjasama murid pelbagai aliran sekolah.

Dong Zong mengadakan siri jelajah penerangan ke seluruh negara bagi mendapatkan sokongan masyarakat Cina menentang pelaksanaan projek Sekolah Wawasan. Alasannya, bahasa pengantar yang bakal digunakan di sekolah tersebut adalah bahasa kebangsaan yang bakal merencatkan bahasa ibunda (Cina).

Tiga penentangan di atas adalah bukti nyata Dong Zong merupakan pertubuhan yang sangat anti perpaduan nasional.

Ada banyak lagi contoh gerakan pertubuhan ini yang bercanggah dengan usaha memupuk perpaduan kaum.

Antaranya:

1) Kontroversi Universiti Merdeka

Pada tahun 1967, Dong Zong menuntut agar sebuah universiti berbahasa pengantar Cina ditubuhkan, dinamakan Universiti Merdeka. Tuntutan ini berlangsung sehinggalah kemuncaknya pada 28 September 1981, pihak peguam Universiti Merdeka Bhd menuduh tindakan Yang DiPertuan Agung menolak penubuhan universiti tersebut adalah tindakan yang salah. Bagaimanapun, pada 1982, Mahkamah Persekutuan menolak tuntutan tersebut dengan alasan penghakiman, ia bertentangan dengan Perkara 152, iaitu bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu.

2) Penubuhan Kolej Swasta Cina

1988 hingga 1998, tiga buah kolej yang menawarkan sistem pendidikan Cina berjaya ditubuhkan melalui usaha Dong Zong di tiga zon Semenanjung: Kolej Selatan (di selatan), Kolej New Era (di tengah) dan Kolej Han Chiang (di utara). Mereka terus gigih memperjuangkan lebih banyak kolej dan IPTS dengan bahasa pengantarnya bahasa Cina.

3) Menentang Laporan Pendidikan Kabinet 1979

9 Oktober 1974, Menteri Pelajaran, Mahathir Mohamad menubuhkan Jawatankuasa Pendidikan Kabinet bagi menyelesaikan beberapa masalah pendidikan dan membentuk rakyat yang bersatu padu. Pada 1979, hasil laporan tersebut mencadangkan agar semua sekolah swasta diwajibkan menggunakan kurikulum sekolah kerajaan dan perlu menawarkan peperiksaan awam. Dong Zong menentangnya kerana ia menggugat status quo sekolah menengah persendirian Cina.

4) Menentang Pelaksanaan 3M

8 Disember 1980, Menteri Pelajaran, Musa Hitam mengumumkan pembaharuan kurikulum dengan melaksanakan skim 3M (Membaca, Menulis dan Mengira). Dong Zong menentang pelaksanaannya kerana bakal menghakis bahasa ibunda Cina di SJK(C) memandangkan bahasa pengajaran dibuat dalam bahasa kebangsaan (kecuali buku teks Bahasa Cina dan Ilmu Hisab).

5) Operasi Lalang

Dong Zong juga pernah hampir mencetuskan rusuhan kaum, antaranya pada 1987 apabila pertubuhan itu menentang pelantikan 60 jawatan pentadbir kanan di SJK(C) oleh kementerian (menterinya ketika itu ialah Anwar Ibrahim) yang dikatakan tidak berkelayakan bahasa Cina. Penentangan itu meleret sehingga menjadi kontroversi perkauman dan berakhir dengan penangkapan besar-besaran di bawah ISA dalam Operasi Lalang.

6) Lucut Kewarganegaraan

Pada tahun 1964 seorang pengasas dan Pengerusi Dong Zong, Lim Lian Geok telah dilucutkan status kewarganegaraan oleh kerajaan kerana menentang dasar kerajaan menyatu padukan rakyat pelbagai kaum melalui undang-undang dan dasar pendidikan (antaranya Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 – kesemuanya menganjur penekanan bahasa kebangsaan).

Pada 14 November 2011, Dong Jiao Zong mengemukakan memorandum kepada Perdana Menteri, Najib Abdul Razak supaya memberi semula taraf warganegara kepada mendiang Lim Lian Geok, walaupun mendiang sudah meninggal dunia pada 1985.

Sumber:

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: