MUAR, 17 Ogos – Menteri Belia dan Sukan mengumumkan bahawa elaun pelajar latihan industri untuk sektor kerajaan akan dinaikkan daripada RM 300 ke RM 900 sebulan. Langkah ini akan dikuatkuasakan pada 1 September 2019.
Barisan kabinet Kerajaan Malaysia seolah-olah keliru dengan portfolio masing-masing. Isu gaji, isu pekerja dan isu elaun sepatutnya dibangkitkan oleh Kementerian Sumber Manusia dan dipersetujui oleh Menteri Kewangan Malaysia untuk meluluskan peruntukkan kewangan. Mengapa Kementerian Belia Dan Sukan lebih berkuasa daripada kementerian lain dalam perkara ini?
https://m.utusan.com.my/berita/nasional/lapor-jika-elaun-praktikal-tidak-dibayar-1.955396
Dengan menggunakan peruntukan Belanjawan 2019 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan, kerajaan akan mengurangkan pengambilan pelajar latihan industri untuk menjalankan latihan amali yang ditetapkan oleh universiti.
Analogi mudah yang boleh diberi, sekiranya sesuatu jabatan kerajaan diberikan peruntukan sebanyak RM 900 untuk memberi elaun kepada pelajar latihan industri, kerajaan mampu mengambil seramai 3 orang pelajar. Apabila kerajaan melaksanakan bayaran bulanan sebanyak RM 900, kerajaan hanya mampu memgambil seorang sahaja pelajar. Ke mana lagi 2 orang pelajar ini ingin mendapatkan tempat mereka? Sewajarnya YB Menteri harus mendapatkan kelulusan bajet untuk dimasukkan ke dalam bajet kewangan tahun 2020 bukannya secara gopoh untuk melaksanakan sekarang dengan tiada peruntukan khusus.
Perkara ini akan memberi kesan buruk kepada pelajar universiti yang ingin mendapatkan tempat untuk menjalankan latihan industri mereka. Kerana, peluang pelajar universiti untuk mendapatkan tempat akan menjadi lebih kecil.
Dengan bayaran sebanyak RM 900 sebulan, kemungkinan syarat-syarat kelayakan minimum untuk pelajar universiti yang ingin menjalankan latihan industri akan menjadi lebih ketat. Syarat-syarat seperti minimum CGPA mungkin akan diperkenalkan untuk memastikan bayaran RM 900 setimpal dengan kelayakan pelajar
Dengan menggunakan analogi sebelum ini, sekiranya kerajaan ingin mengambil seramai 3 orang pelajar dengan bayaran RM 900 sebulan. Perbelanjaan operasi pasti akan meningkat dan kerajaan memerlukan bajet tambahan untuk menampung perbelanjaan ini.
Justeru, YB Syed Saddiq sebagai Menteri Belia dan Sukan perlu menerangkan perkara ini dengan jelas. Adakah dengan kenaikkan elaun bulanan pelajar latihan industri bermaksud peluang pelajar universiti untuk mendapatkan tempat dalam sektor kerajaan akan menjadi semakin tipis?
Mohd Helmy bin Abd Latif
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Muar
Leave a Reply