GOJEK SELESAI MASALAH ANAK MUDA MENGANGGUR: ISYARAT BAHAYA KEPADA EKONOMI MALAYSIA

1. Keputusan dasar terbaharu kerajaan membenarkan perkhidmatan Gojek beroperasi di Malaysia atas alasan untuk mewujudkan peluang pekerjaan baharu, sekaligus menyelesaikan masalah pengangguran dalam kalangan anak muda, adalah sesuatu yang harus dibimbangi.

2. Ini bermakna, Malaysia telah mengambil beberapa langkah terkebelakang. Lebih dibimbangi apabila usaha ini seolah-olah dijadikan agenda nasional utama kerajaan Pakatan Harapan.

3. Walaupun benar Gojek bakal mewujudkan banyak peluang pekerjaan baharu, namun ianya bukanlah bidang atau pengkhususan pekerjaan yang diperlukan ekonomi negara.

4. Ciri peluang pekerjaan yang diwujudkan Gojek tidak memerlukan kemahiran, tidak ‘sophisticated’, tidak berasaskan ilmu dan pengetahuan, tiada nilai tambah, tidak membawa kepada kesan berganda kepada ekonomi dan berpendapatan rendah.

5. Malah, melihat kepada sistem pengangkutan yang ada di Malaysia tidaklah seburuk di Indonesia. Tiada negara lain yang menggunapakai Gojek selain Indonesia kerana sistem pengangkutan Indonesia sangat tidak efisien.

6. Untuk itu, kita bimbang Malaysia akan hilang daya saing kompetitifnya, tidak ada nilai tambah serta kesan berganda dalam pasaran kerja, sekaligus menjadikan Malaysia akan terus terperangkap dalam kepompong pendapatan menengah-rendah yang menjadi masalah serta isu sebenar pasaran kerja negara hari ini.

7. Maka apabila Gojek dijadikan agenda nasional pula, maka makin terserlahlah ketidakupayaan Pakatan Harapan menguruskan ekonomi Malaysia. Ini fakta.

8. Sewajarnya anak muda dipersiapkan dengan ilmu, pengetahuan, latinan dan kemahiran untuk mengisi peluang pekerjaan yang lebih produktif, mapan dan berpendapatan tinggi.

9. Pada masa yang sama, kerajaan perlu lebih agresif perbetulkan struktur ekonomi negara yang akhirnya merangsangkan lagi kewujudan peluang pekerjaan baharu yang berpendapatan tinggi.

Nor Azleen Ambros

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Pasir Gudang

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: