WANITA UMNO TERUS MEMPERJUANGKAN KEDUDUKAN PARTI – HASNI

JOHOR BAHRU, 22 Ogos – Sebentar tadi telah berlangsungnya Program “Training Sistem” e-SiJR Wanita UMNO Johor yang berlangsung di Dewan Muafakat, Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor. Program yang dihadiri seramai 80 orang ini telah dirasmikan oleh Datuk IR Haji Hasni Mohammad selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Terdahulu dalam ucapan alu-aluan Ketua Wanita UMNO Johor, Hajah Asiah Md Ariff menjelaskan bahawa Wanita Johor akan terus memenangkan PRU-15. Menurutnya, jika dahulu kita ada agensi-agensi tetapi sekarang sudah tiada, kita akan menggunakan segala daya dan upaya kita untuk bergerak.

Apabila kami (wanita UMNO) turun ke bawah , yang kita dapati hanya keluh kesah dari rakyat terhadap kerajaan Pakatan Harapan.

“kami sudah tidak kisah walau peluh banyak di dahi, badan masih tak kering dengan peluh, itu adalah kerana kita akan bangkit semula untuk anak-anak kita di masa akan datang” – Asiah Md Ariff

Untuk latihan sistem yang diadakan pada hari ini, tidak ada satu pun bahagian yang tidak hadir, kesemua Wanita UMNO bahagian dapat hadir ke Training Sistem e-SiJR kali ini, ujar Ketua Wanita UMNO Johor itu.

Dalam ucapan perasmian, Hasni telah mengucapkan tahniah kepada Wanita-Wanita UMNO Negeri Johor di atas inisiatif untuk terus berperanan menjaga kedudukan parti UMNO dan memperjuangkan masa hadapan negara ini.

Mengulas ucapan Ketua Wanita UMNO Johor berkenaan keluh kesah rakyat, Hasni menjelaskan ini adalah perkara biasa dalam pimpinan Pakatan Harapan sekarang.

“Biasa sangat kita mendengar di mana-mana pasti akan ada suara keluh resah rakyat yang banyak berbangkit menyatakan kemarahan mereka terhadap kerajaan Pakatan Harapan, kerajaan sudah tidak mampu mengawal lagi isu-isu yang dinyatakan oleh rakyat”.

Menyentuh berkenaan pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pakatan Harapan, Hasni menjelaskan bahawa Johor bukan sebuah negeri yang mudah ditadbir. Semalam Pemangku Sultan Johor iaitu DYAM TMJ turun ke bawah melihat kesemua sungai-sungai yang ada. Apa yang saya cuba nyatakan adalah kerajaan perlu tahu peranan mereka sebagai kerajaan di negeri ini, bahkan tiada satu pun usaha dan kenyataan yang baru untuk membuat rakyat merasa lebih selamat dan tenang berkenaan isu pencemaran di Pasir Gudang.

Dalam soal halatuju PRU-15, Hasni dalam ucapannya berhasrat untuk melahirkan ramai pemimpin dari Johor. Antara lain, UMNO Johor akan membengkelkan strategi untuk menghadapi PRU-15, memperkasa Penyatuan UMMAH dan perlembagaan. Hasil daripada itu, kita akan mendapatkan resolusi-resolusi setiap perkara yang UMNO perjuangkan ketika ini – UMNO Johor Official

Tahniah Wanita UMNO Johor‼️
Wanita Nadi Negara

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: