JANGAN HILANG KEYAKINAN KEPADA PEMIMPIN – HASNI

SEGAMAT, 24 Ogos – Dengan berakhirnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Segamat 2019 tadi, maka selesailah sudah kesemua 26 mesyuarat bahagian di Johor.

Mesyuarat yang dihadiri oleh 339 orang perwakilan telah diadakan di The View Hotel, Segamat yang dirasmikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Antara yang turut serta dalam majlis ini ialah wakil penyelaras BPUNJ yang diketuai oleh Datuk Haji Baharum Mohamed dan rombongan Bahagian Sekijang, kepimpinan MCA dan MIC Bahagian Segamat, kepimpinan PAS kawasan Segamat serta NGO-NGO di sekitar Segamat.

Dalam pembukaan ucapan alu-aluan daripada Ketua UMNO Bahagian Segamat, YB Senator Dato’ Zahari Sarip menzahirkan ucapan terima kasih kepada Datuk Pengerusi BPUNJ kerana sudi hadir dan merasmikan mesyuarat. Beliau turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada MCA dan MIC yang turut hadir serta masih setia bersama UMNO dalam Barisan Nasional.

“kita nak menilai kawan adalah ketika kita susah menghadapi kekalahan, tetapi apabila kita lihat MCA dan MIC masih setia bersama untuk berjuang ia suatu perkara yang baik”.

Ujar Zahari, kami warga Segamat sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan-kemungkinan yang berlaku di masa yang akan datang. Jika kita lihat senario kini, apa yang dapa dilihat ialah wujudnya senario yang huru-hara antara parti-parti yang ada dalam kerajaan. Sama ada parti komponen itu sendiri, mahu pun parti-parti yang kuat dalam kerajaan.

“apabila saya sebut nama menteri-menteri yang ada dalam kerajaan, orang kampung akan ketawakan mereka apabila mendengar nama sahaja, contohnya seperti ‘Mat Sabu’.”

Menurut beliau, UMNO Segamat telah merangka gerak kerja PRU untuk menumbangkan kerajaan PH. Justeru itu, beliau menyeru rakan komponennya di Segamat untuk keluar bersama-sama UMNO, menyantuni rakyat dan mendekati rakyat mulai sekarang dan BN tidak perlu menunggu musim pilihan raya. Pada masa yang sama, UMNO Segamat turut mengalu-alukan saudara kita PAS untuk bersama berjuang.

Seperti yang kita tahu, kerjasama UMNO-PAS kini lebih dikenali sebagai Perpaduan Ummah (PU). Ia merupakan satu perkara bermakna bagi orang Melayu dan Islam. Dikesempatan ini, UMNO perlu banyak belajar daripada PAS seperti belajar menggunakan kemudahan dan perbelanjaan yang terhad. Begitu juga sebaliknya, PAS juga boleh belajar dengan UMNO untuk menggerakkan jentera yang banyak.

Berbagai perkara yang terjadi dalam negara yang memungkinkan berlakunya PRU akan datang. Jika PAS tidak keluar dari PH, mereka hari ini akan menjadi kerajaan, tetapi mereka telah keluar dan bersama kita untuk bersama-sama dalam perjuangan Penyatuan Ummah.

Dalam ucapan perasmian pula, Hasni menjelaskan UMNO dalam keadaan pembangkang telah menyebabkan ada bahagian-bahagian yang terpaksa bermesyuarat di tepi jalan.

ini bukanlah cubaan, tapi ini betul-betul bak kata P.Ramlee”

Tapi apa yang kita kagumi adalah semangat mereka (ahli UMNO) tidak luntur, mereka begitu bersemangat menyuarakan apa yang penting dan pedih untuk kebaikan perjuangan UMNO hari ini. Hasni turut menzahirkan ucapan tahniah kepada Ketua Bahagian kerana berjaya bermesyuarat pada hari ini dan berani menyuarakan suara akar umbi.

Hasni menegaskan supaya ahli UMNO perlu bangunkan dan kuatkan keyakinan kepada diri seorang pemimpin termasuklah Ketua Bahagian, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, dan Ketua Wanita.

Hasni dalam ucapannya sempat menasihati ahli-ahli UMNO Segamat supaya tidak hilang keyakinan kepada pemimpin dalam keadaan pemimpim tersebut diasak dan ditekan bertubi-tubi.

“keyakinan itu wajib, barulah kekuatan orang Melayu kita utuh, janganlah kita asyik bercelaru dan menghentam sesama sendiri lalu bagaimana PAS mahu yakin dengan kita ?Sebab itu, kita bina keyakinan yang cukup tinggi”.

Menyentuh kepimpinan kerajaan pada hari ini, Hasni menjelaskan orang Melayu dilihat cukup kecewa dan bimbang kerana parti DAP ini semakin hari semakin rasis.

“Sejak DAP menjadi kerajaan, mereka cukup chauvinis, mereka dengan terang-terang mengkritik orang Melayu dan agama Islam. Perkara yang semudah tulisan khat dan jawi pun menjadi isu yang besar, perkara sebegini kita perlu mencari titik noktahnya untuk dapat penyelesaian”.

Hasni turut mempersoalkan DAP dalam isu sejarah. Adakah mereka DAP sengaja mengetepikan soal sejarah? Beliau turut menyelar individu yang berani mendakwa ATM hanya makan dan tidur sahaja.

Dalam soal PPBM pula, pertimbangan pertama PPBM ini kekuatannya hanya bergantung pada Tun M semata-mata. Ujar beliau, jika Tun M tiada makan terkuburlah PPBM dan pertimbangan kedua kita, PPBM tidak akan menyokong Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri serta PKR pula akan berlaku perpecahan di antara mereka walau apa pun berlaku.

Kita, UMNO tidak akan sesekali bersekutu dengan DAP. Dalam segindan cara apa sekalipun, UMNO dan PAS akan tetap bekerjasama walau apa pun untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana agenda Penyatuan Ummah ini bukan sahaja untuk UMNO dan PAS tetapi ia adalah untuk seluruh rakyat malaysia.

Hasni memberitahu perwakilan yang hadir bahawa masyarakat masih lagi bersama UMNO dalam segala aspek permasalahan masyarakat hari ini.

“kita nak mengingatkan UMNO Bahagian Segamat, kita ada 56 kerusi DUN, kita telah berikrar, ada 38 kerusi majoriti orang Melayu. Jadi, apabila menjelang PRU-15 nanti, kita perlu menang sebanyak mungkin untuk dapatkan semula kerajaan dan kita hanya perlu 29 kerusi DUN”.

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: