PEMIMPIN UMNO JANGAN EMOSI, SOMBONG DAN EGO DALAM MENGURUS KRISIS – ZAKARIA DULLAH

SIMPANG RENGGAM, 24 Ogos – Sebentar tadi telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam 2019 yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Simpang Renggam.

Majlis yang dihadiri hampir 500 orang telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong merangkap Ketua UMNO Bahagian Sembrong. Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ), YB Datuk Ir . Haji Hasni Mohammad, Datuk Md Jais Sarday, Ketua Penyelaras merangkap Bendahari BPUNJ dan kepimpinan tertinggi UMNO dari Johor dan luar Johor.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran rakan komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC Bahagian Simpang Renggam, Ustaz Abdullah Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan kepimpinan PAS Kawasan Simpang Renggam serta NGO-NGO sekitar Simpang Renggam.

Kehadiran perasmi dan kepimpinan UMNO telah disambut oleh Datuk Zakaria Dullah selaku Ketua UMNO Bahagian dan kepimpinan UMNO Bahagian Simpang Renggam. Majlis telah dimulakan dengan bacaan selawat, bacaan suci ayat-ayat al-Quran dan bacaan doa.

Dalam ucapan alu-aluan oleh Ketua UMNO Bahagian, Zakaria menegaskan UMNO lahir hasil perjuangan orang-orang Melayu. Dahulu, orang Melayu berkumpul dengan menubuhkan banyak persatuan sehingga munculnya wadah perjuangan.

Menurut Zakaria lagi, antara bentuk perjuangan UMNO ialah perjuangan agama Islam, tanah air, bangsa dan negara. UMNO juga berperanan untuk mempertahankan kemerdekaan, menjaga kepentingan kaum-kaum lain dan sehingga kini belum ada dalam sejarah UMNO mengkhianati Barisan Nasional.

Bagi meneruskan kelangsungan parti, UMNO Bahagian Simpang Renggam telah melancarkan tabung yang telah dicadangkan oleh akar umbi sendiri. Dalam menyentuh perjuangan parti, Zakaria dalam ucapannya telah memohon maaf kepada akar umbi dan menzahirkan rasa terima kasih kepada cawangan-cawangan kerana sentiasa menasihati beliau.

Di hadapan hampir 500 orang perwakilan yang hadir, Zakaria selaku Ketua Bahagian telah meminta pertimbangan kepimpinan UMNO Johor supaya memberikan kerusi Parlimen Simpang Renggam kepada UMNO semula. Permintaan itu telah disambut dengan sorakan dan tepukan dari perwakilan yang hadir.

Beliau menginsafi UMNO telah menjadi pembangkang dan perlu mengurus krisis ini dengan betul. “Jangan emosi apabila mahu menguruskan krisis, jangan ego jangan sombong, kekalahan UMNO adalah krisis. Apabila kalah, ramai yang tunggang terbalik, akar umbi lebih bijak dari pemimpin nampaknya”, nasihat beliau kepada pemimpin-pemimpin dan perwakilan yang hadir.

Zakaria turut mencadangkan agar biarlah orang yang bertanggungjawab untuk memilih calon dan perlu ada penstrukturan semula BN supaya dilihat lebih kredibiliti. Ini penting supaya wujud cabaran dan ada ‘check anda balance’ supaya tidak hanya ada muka-muka orang yang sama.

Berkenaan Penyatuan Ummah, Zakaria menegaskan ia bukanlah idea siapa-siapa. Ini kerana Penyatuan ummah lahir dari kesedaran orang Melayu Islam yang telah merasa mereka telah ditindas di tanah sendiri.

Di akhir ucapan, beliau mencadangkan diadakan satu himpunan Melayu Kebangsaan yang melangkaui fahaman politik termasuklah petani, pekebun, dan lain-lain supaya dapat berkumpul dalam himpunan tersebut.

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: