UMNO JOHOR OPTIMIS RAMPAS SEMULA PARLIMEN DAN PERTAHAN DUA KERUSI DUN SIMPANG RENGGAM -HASNI

SIMPANG RENGGAM, 24 Ogos – Dalam ucapan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam 2019, Hasni telah menzahirkan tahniah kepada UMNO Bahagian kerana berjaya membawa tokoh hebat seperti Datuk Seri Hishammuddin sebagai perasmi.

Hasni selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah menjelaskan bahawa rakyat Simpang Renggam antara yang bertuah dan beruntung. Ini kerana rakyat Simpang Renggam tidak perlu membasuh kasut anak sekolah kerana kasut telah bertukar menjadi hitam. Kenyataan beliau itu jelas memerli peranan Ahli Parlimen Simpang Renggam sekarang yang dilihat tiada idea dan sumbangan dalam pentadbiran negara.

Jelas Hasni lagi, kita terlalu banyak mendengar perkara-perkara yang tidak menggunakan akal seperti tol percuma dan sebagainya. Cukup-cukuplah menyimpang sana menyimpang sini.

Dalam situasi sebagai pembangkang, Hasni mengingatkan perwakilan supaya terus kekal berjuang. Semangat orang UMNO tetap kental tetap utuh bersama dengan perjuangan ini, UMNO bahagian-bahagian tetap terus bermesyuarat tanpa merasa serba kekurangan dan tekanan. Mereka (akar umbi) yakin bahawa kita akan merampas semula kuasa dari Pakatan Harapan.

“Walau apapun kita tetap akan bersidang, kita akan sentiasa timbang-menimbang setiap perkara, orang UMNO bukan seperti “lembu kena cucuk hidung”.

Mengulas ucapan Ketua Bahagian Simpang Remggam berkenaan permintaan semula kerusi parlimen, Hasni menjelaskan nak atau tidak UMNO Simpang Renggam harus berkerja kuat untuk kerusi parlimen yang dahulunya yang dimiliki parti Gerakan sebelum ini. Apa yang penting UMNO bahagian perlu bersedia untuk menggerakkan jentera pilihanraya.

“kuatkan iltizam kita, rapatkan saf kita, saya percaya UMNO Simpang Renggam mampu terus pertahankan kedua-dua kerusi DUN kekal di bawah UMNO”.

Mengulas tindakan ahli-ahli UMNO yang menghentam Datuk Seri Hishammuddin, Hasni mengingatkan agar ahli UMNO Johor harus memberi sokongan kepada pemimpin UMNO dari Johor termasuklah Hishammuddin.

“Di mana nak kita letak keyakinan dan sokongan kita, kalau bukan ketua-ketua bahagian negeri lain datang, takkan kita nak berada dalam keadaan kita tak kesampaian seperti pemimpin yang lepas-lepas. Yang tinggal hanya Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan kita kena berdiri teguh mempertahankan bahawa supaya berlaku sesuatu yang baik untuk parti. Pada Datuk Seri Hishammuddin lah kita letakkan harapan yang tinggi untuk teruskan perjuangan hari ini”.

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: