DAP MESTI KITA HENTIKAN SEKARANG ! – HISHAMMUDDIN HUSSEIN

SIMPANG RENGGAM, 25 Ogos – Semalam telah berlangsungnya Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Simpang Renggam 2019 yang berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Simpang Renggam, telah dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ahli Parlimen Sembrong merangkap Ketua UMNO Bahagian Sembrong.

Majlis ini turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ), YB Datuk Ir . Haji Hasni Mohammad, Datuk Md Jais Sarday, Ketua Penyelaras merangkap Bendahari BPUNJ dan kepimpinan tertinggi UMNO dari Johor dan luar Johor.

Majlis turut diserikan lagi dengan kehadiran rakan komponen Barisan Nasional iaitu MCA dan MIC Bahagian Simpang Renggam, Ustaz Abdullah Hussain selaku Pesuruhjaya PAS Negeri Johor dan kepimpinan PAS Kawasan Simpang Renggam serta NGO-NGO sekitar Simpang Renggam.

Didalam ucapan Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengatakan, “hakikatnya rakyat di negeri kesayangan kita ini (JOHOR) turut tidak terkecuali daripada menjadi sasaran DAP, perjuangan mereka untuk melebarkan sayap dan meluaskan pengaruh DAP di negeri kita ini telah bermula secara serius serta besar-besaran.

Beliau menyoal para perwakilan bahawa sudah lupa kah kita dengan sejarah hitam pada tahun 2013 ?, saya amat pasti, seluruh ahli Perwakilan yang berada di dalam dewan ini tidak akan pernah lupa, tentang bagaimana terujinya kita semua pada tahun itu iaitu ketika Pilihanraya Umum ke-13 dijalankan.

Yang mana pada ketika itu, pihak pembangkang khususnya DAP yang begitu terdesak untuk melebarkan pengaruh dan menyebarkan dakyah mereka di Johor. Telah menamakan Lim Kit Siang sebagai calon yang akan bertanding di Parlimen Gelang Patah. 

Dalam nada yang tegas, Hishammuddin mengatakan, “Masih teringat jelas di benak fikiran saya ini saudara saudari. Pada waktu itu, selain daripada berusaha sedaya upaya untuk memastikan kemenangan calon-calon BN di kawasan-kawasan lain di negeri Johor.

Menurut Hishammuddin lagi, DAP sebagai sebuah parti yang langsung tidak pernah memahami sejarah dan asal usul negeri Johor, bertapak di negeri kita ini. Betapa tidak relanya kita, untuk berputih mata melihat sebuah parti yang mempunyai agenda dan muslihat tertentu, disalah pilih oleh rakyat Johor. Malah, betapa tidak mahunya kita, untuk melihat DAP yang terkenal dengan amalan politik tanpa had dan sempadan, meletakkan pemimpinnya untuk memimpin rakyat Johor.

Demikian itu beliau mengatakan, pada tahun 2018 DAP dengan bertunjangkan prinsip perjuangan politik yang tidak kenal erti had dan sempadan politik fitnah, politik kebencian, politik rakus, politik nafsu dan politik matlamat menghalalkan cara, Hari ini DAP lah yang sedang berkuasa dan sedang menerajui tampuk pemerintahan Kerajaan Negeri Johor, DAP mesti kita hentikan sekarang! This Ends Now!. 

Percayalah, jika kita benar-benar ikhlas dan jujur sayangkan parti kita ini, kita pasti boleh melakukannya. Saya amat yakin, dengan adanya pemimpin yang bijak dan berpengalaman seperti Datuk Hasni sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor. Saya yakin dengan adanya perwira-perwira yang gagah dan setia seperti Dato’ Oya. Dan saya yakin dengan adanya pejuang-pejuang parti yang tulen dan berani seperti seluruh Ahli Perwakilan Bahagian Simpang Renggam ini. Biar sebesar manapun ujian yang terpaksa kita tempuhi, biar sehebat manapun cabaran yang terpaksa kita lalui, dan biar sekuat manapun musuh yang terpaksa kita tentang. Negeri Johor dan simpangini akan mampu kita tawan semula!

Akhir Sekali, beliau menyeru supaya agar kita semua bangun! beliau menyeru agar kita semua bangkit! Marilah kita rapatkan barisan. Marilah kita satukan hati-hati kita. Marilah kita buang perbezaan. Marilah kita cari titik persamaan. Jangan dengki. Jangan khianat. Ingatlah bahawa musuh-musuh yang perlu ditewaskan bukannya di sini, tetapi di luar sana, marilah kita buktikan yang kebangkitan UMNO Johor ini, akan menjadi permulaan gelombang tsunami kebangkitan UMNO di seluruh negara!.

#UMNOJohorBangkit #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: