KARNIVAL KEMERDEKAAN UMNO JOHOR 2019

JOHOR BAHRU 31 Ogos – Badan Perhubungan UMNO negeri mengambil semangat Bulan Kebangsaan dengan menganjurkan pelbagai aktiviti menarik yang disertai pelbagai kaum dalam Karnival Kemerdekaan UMNO Johor hari ini.

Karnival Kemerdekaan UMNO Johor yang diadakan di Bangunan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal di sini bermula pukul pukul 10 pagi hingga 10 malam mendapat sambutan menggalakkan daripada segi penyertaan masyarakat setempat pelbagai lapisan umur.

Acara Zumba menjadi aktiviti pembukaan karnival berkenaan yang majoritinya disertai oleh golongan wanita sebagai acara pemanas badan sebelum memberi laluan kepada aktiviti untuk kanak-kanak.

Aktiviti menarik yang disediakan untuk kanak-kanak mengikut lapisan umur ialah pertandingan mewarna Utusan, pertandingan Beyblade dan batu Seremban.

Selain itu, acara lain yang turut diadakan ialah pertandingan reka cipta infografik, pertandingan video pendek dan grafiti yang dijalankan hingga petang.

Program berbentuk ilmiah turut diadakan iaitu program Bicara Tokoh Kemerdekaan X Mentari Johor bagi mengupas topik tentang kenegaraan dan kemerdekaan.

Bagi memeriahkan lagi suasana karnival berkenaan yang dianjurkan hingga Malam ialah kelas kecantikan dan teknik solekan, jualan but kereta, gerai food truck, gunting rambut percuma, papan aspirasi muda, papan belon gergasi, cabutan bertuah dan bermacam-macam lagi.

Pada sebelah petang pula, Karnival Kemerdekaan UMNO Johor diteruskan dengan pertandingan e-sport, Mobile Legends Bang Bang Tournament, karaoke merdeka, pertandingan mural dan Kempen Kibar Jalur Gemilang.

Majlis bacaan tahlil dan Yasin serta solar berjemaah mengisi pengisian program pada waktu malam sebelum disajikan dengan persembahan mendeklamasikan sajak kemerdekaan, persembahan orkestra Darul Ta’zim dan juara Karaoke Merdeka.

Karnival tersebut diakhiri dengan ucapan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Ir. Hasni Mohammad serta penyampaian hadiah dan penyerahan sumbangan Tabung Utusan. – UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Viral Video Malaysia

viral video that becomes popular through a viral process of Internet sharing, typically through video sharing websites, social media and email.

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: