PEMUDA UMNO JOHOR CABAR TUN BUBARKAN PARLIMEN

JOHOR BAHRU, 1 SEPTEMBER – Pergerakan Pemuda UMNO Johor berasa terpanggil dengan keyakinan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang begitu yakin bahawa Pakatan Harapan (PH) masih boleh memenangi pilihan raya sekiranya Parlimen dibubarkan.

Kita tidak tahu apakah kenyataan Tun Mahathir itu berdasarkan fakta ataupun sekadar cakap politik PH yang sedar gelombang penolakan rakyat terhadap mereka cukup kuat ketika ini.

Apatah lagi dengan segala janji yang gagal ditunaikan melalui manifesto yang ditawarkan, serta pelbagai pendirian kerajaan terpaksa “di u-turn” sehingga menggadai prinsip perjuangan mereka.

Penolakan rakyat cukup jelas, baik golongan dewasa orang tua mahupun anak muda sudah muak dan jelik dengan kegagalan demi kegagalan yang disajikan kerajaan PH.

Apatah lagi isu-isu perkauman yang semakin membarah dan penghinaan terhadap agama Islam gagal ditangani secara berkesan oleh pemerintah yang mengusai Putrajaya.

Bahkan, pemimpin Bersatu seperti Dr Rais Hussin juga mengakui PH akan jadi kerajaan sepenggal jika gagal melunaskan janjinya, lebih malang lagi Dr Rais bakal berdepan tindakan oleh partinya sendiri kerana memberi peringatan itu.

Pemuda UMNO Johor menghormati keyakinan Tun Mahathir, jika Tun Mahathir yakin PH mampu menang, Pemuda UMNO Johor mencabar Tun Mahathir supaya memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan.

Di situ barulah Tun Mahathir boleh mengetahui kekuatan sebenar PH ataupun pembangkang yang kini menerima sokongan padu rakyat.

Pembangkang saya kira berada dalam keadaan siap siaga untuk menghadapi PRU memandangkan keadaan kerajaan hari ini dalam keadaan tidak menentu.

Ataupun jika Tun Mahathir merasakan sudah tidak mampu lagi untuk melayan karenah DAP, elok juga serahkan jawatan kepada “Perdana Menteri Ke-8”, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang “setia” menanti.

*Mohd Hairi Md Shah*

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: