JOHOR BAHRU, 1 SEPTEMBER – Skuad Sabil Negeri Johor telah selesai bermesyuarat buat kali yang pertama, mesyuarat yang di pengerusi oleh saudara Mohd Faizal Said selaku Pengerusi Skuad Sabil Negeri Johor merangkap Ketua Pemuda UMNO Bahagian Simpang Renggam, intipati mesyuarat tersebut adalah mereka menyatakan telah bersedia berkhidmat untuk keseluruhan 26 UMNO BAHAGIAN NEGERI JOHOR.
Selain itu Faizal mengatakan keberadaan skuad sabil adalah salah satu budaya baru didalam UMNO, skuad sabil adalah pemangkin baru yang menggerakkan anak muda untuk terus berkhidmat secara sukarela demi agama bangsa dan tanah air terutamanya di negeri lahirnya UMNO iaitu JOHOR.
Demikian itu, skuad sabil adalah salah satu bukti bahawa UMNO sedang berinovasi untuk kembali kuat dan dekat dengan rakyat.
“Skuad Sabil akan sentiasa menjadi pemangkin dan semangat baru bagi UMNO untuk terus berkhidmat demi rakyat”
#UMNOJohorBangkit #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit #SkuadSabilJohor
Leave a Reply