MUAR, 4 SEPTEMBER – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad telah merasmikan Majlis Pembugaran Semangat Melayu yang telah dianjurkan oleh Persatuan Permuafakatan Ketua-Ketua Kampung Warisan Negeri Johor di Taman Perdana, Muar.
Pengerusi Persatuan-Persatuan Melayu Islam Daerah Muar iaitu Tuan Haji Rosli Bin Kasimin mengatakan “Kami tidak pernah melupakan jasa Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad yang memperjuangkan kebajikan kami ketika menjadi ketua kampung dahulu”.
Selain itu ini adalah siri yang ke-7 program isu semasa & perjuangan kelangsungan nasib bangsa orang Melayu dan Islam, ini merupakan sebuah program yang membincangkan nasib-nasib orang melayu, kerana perjuangan kami adalah demi orang-orang Melayu dan Agama kita.
“ORANG MELAYU HARI INI TIDAK TUMPAH SEPERTI ANAK AYAM, SUDAH BERTERABUR”
Tambahannya lagi selaku Pengerusi Persatuan-Persatuan Melayu islam Daerah Muar, saya membawa kertas cadangan kepada pihak SPR, cadangan pertama kami dari persatuan kepada SPR adalah membuang dakwat hitam di tangan.
cadangan kedua kami kepada SPR adalah menggunakan sistem iT iaitu elektronik, dengan menggunakan IC masuk dalam sistem Pilihanraya akan datang.
Hasni meluahkan rasa amat kagum dan terhutang budi dengan usaha pengerusi serta jawatankuasa atas usaha, kekuatan serta semangat menjalankan siri-siri ceramah penerangan isu-isu semasa, saya juga akan mengingatkan umno bahagian-bahagian bahawa persatuan-persatuan telah bergerak secara konsisten di bawah.
Kita perlu merampas semula kerajaan hari ini, sebelum kita semua terlambat kerana terlalu banyak kerosakan, “jangan nanti dah terhantuk baru nak tergadah”
Akhir sekali Hasni mengatakan bahawa, Penyatuan UMMAH ini adalah milik orang Melayu secara keseluruhannya, dan bukan hanya kepada PAS-UMNO semata-mata. Penyatuan ini Insyaallah akan menjadi kejayaan yang besar bagi orang Melayu. Ia sudah tentu tidak akan disenangi oleh pihak lain terutama DAP yang seperti cacing kepanasan apabila melihat sinergi kekuatan kedua-dua parti Melayu terbesar di Malaysia ini.
#MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOJohorBangkit
Leave a Reply