☝☝☝☝☝
LEDANG, 7 SEPTEMBER – Ceramah Umum Penyatuan Ummah berlangsung secara gemilang dengan lautan rakyat Ledang melebihi 8,000 orang apabila dihadiri bekas Perdana Menteri Malaysia ke-6 Dato’ Sri Najib Tun Razak, dan kepimpinan UMNO Bahagian yang diketuai oleh Datuk Ir. Dr. Haji Hamim Samuri serta Datuk Samsol Bari Jamali, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Johor.
Program turut dimeriahkan lagi dengan kehadiran kepimpinan PAS negeri iaitu Ustaz Abdullah Husein, Pesuruhjaya PAS Johor dan Dato’ Dr. Mahfodz Mohamed serta jawatankuasanya.
Hamim dalam ucapan alu-aluannya mengatakan bahawa, rakyat sudah tidak tahan dengan segala suasana yang ditimbulkan kerajaan hari ini, ketegangan yang mereka timbulkan, serta mempermainkan undang-undang dalam negara kita. Contohnya seperti kes rogol ADUN Perak terhadap pembantu rumahnya.
Hamim juga menyatakan, hari ini kita telah menghantar signal yang jelas kepada kerajaan, supaya menjaga rakyat baik-baik, kita telah bangkit dan akan lebih ramai lagi akan bangkit !, kata Hamim dengan tegas.
Demikian itu Samsol menjelaskan, secara fitrahnya kita mahu hari ini lebih baik dari semalam, tetapi janji bulan dan bintang mereka hanya penipuan semata-semata.
“Mereka cerita berkenaan demokrasi diantara mereka sahaja, sudah berlalu 1 tahun lebih realitinya yang berlaku tidak ada apa-apa yang hebat pada kerajaan sekarang kecuali hebat “MENIPU” rakyat !”
Demikian itu, mereka bercerita soal islam, tetapi islam dihina tiada satu pun dari pihak kerajaan yang membela !, mereka bercerita soal melayu, melayu dipijak ! tiada satu pun dari pihak mereka yang membelanya.
Dato’ Sri Najib Tun Razak mengakak rakyat Ledang melaungkan bersama “PAKATAN HANCING !, Semua dah kena kencing”
Dato Sri Najib Tun Razak juga menceritakan, pada bulan lalu ketika beliau berada di langkawi, ada jemaah masjid yang bisik pada beliau katakan “maaf datuk saya silap”, saya juga berada di lapangan terbang subang ada juruterbang yang datang pada saya membisik pada saya “thank you sir, kerana menjaga negara ini”.
Bossku mengingatkan pada rakyat Ledang, ada beberapa sebab kenapa kita harus tukar kerajaan hari ini, iaitu pertama “Munafik” yang kedua “Tidak Amanah” yang ketiga “Membohong”, jadi tuan-tuan dan puan-puan dah jawab bahawa kerajaan hari ini munafik dan zalim terhadap rakyat malaysia.
#UmnoJohor #UmnoJohorBangkit #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUmno #AmalDanUsaha #BarisanMuafakat
Leave a Reply