KENYATAAN TUN TENTANG MELAYU PEMALAS HARUS KITA SOKONG

JOHOR BAHRU, 8 SEPTEMBER – Melayu pemalas kata Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Ya betul, Melayu memang pemalas, hanya Melayu anak-anak Tun saja yang rajin bekerja dan berusaha sejak di awal kelahiran lagi, sebab itu anak-anak Tun semuanya jutawan dan hartawan.

Tun M tak habis-habis katakan Melayu di negara ini pemalas, siapa yang jadikan Melayu pemalas, bukankah Tun yang didik Melayu menjadi pemalas dengan budaya kronisme.

Melayu bagi saya tidak pemalas, malah, Melayu hari ini cukup rajin berusaha. Dalam keadaan ekonomi yang cukup menekan hari ini dengan kos sara hidup semakin tinggi, ramai Melayu terpaksa buat dua atau tiga kerja dan terpaksa bekerja siang, malam untuk memenuhi tuntutan hidup.

Melayu yang malas ada dalam Pakatan Harapan (PH), ada dalam PPBM, dalam PKR dan PAN. Melayu pemalas juga ada dalam Kabinet Tun Mahathir.

Kenapa saya kata Melayu dalam Kabinet Tun Mahathir pemalas? Sebab Melayu atau Menteri Melayu dalam PH malas dan takut mempertahankan bangsa Melayu, Islam dan Raja-Raja Melayu bila dihina.

Melayu dalam PH malas mempertahankan pasukan keselamatan negara atau tentera yang dihina, dipersenda dan dilecehkan oleh ahli perniagaan yang kaya-raya. Melayu PH malas, ambil tahu apa masalah rakyat, asalkan gaji menterinya berpuluh ribu.

Melayu dalam Kabinet Tun M juga malas ambil tahu perihal ekonomi yang kian mengucup di bawah Menteri Kewangan DAP, dengan nilai mata wang yang terus merosot dan merudum.

Amat menghairankan kenyataan Tun Mahathir tentang Melayu pemalas keluar ketika umat Islam yang rata-ratanya Melayu, bersatu hati bagi membangunkan ekonomi ummah dengan menggerakkan kempen beli barangan Muslim, ketika mana bangsa Melayu ditekan dari segenap sudut di bawah pentadbiran PH.

Tun, cukup-cukuplah tuduh Melayu bangsaku pemalas, Melayu tak pemalas Tun, tetapi hak Melayu sering dinafikan, hak Melayu sering dipersoalkan, hak Melayu sering dicantas oleh kroni-kroni Tun. Cukup-cukuplah Tun kata Melayu pemalas, apakah dasar kerajaan pimpinan Tun hari ini sudah tidak lagi mahu pedulikan Melayu.

#UmnoJohor #UmnoJohorBangkit #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUmno #AmalDanUsaha #BarisanMuafakat

MOHD HAIRI MAD SHAH

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: