Kata Perkasakan Sidang DUN Johor Tapi Isu Rakyat PH Buat Seperti ‘Lepaskan Batok Di Tangga’, Bidas Onn

KUALA LUMPUR, 12 Sept – Memperkasakan Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam erti kata sebenar mestilah memberikan lebih banyak peluang dan ruang kepada ahli-ahli dewan berbincang serta berbahas mengenai perkara-perkara yang menyentuh kepentingan rakyat, tegas ADUN Layang-layang, Datuk Onn Hafiz Ghazi.

Bidasnya, tiada guna usaha memperkasakan sidang DUN jika isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat hanya ibarat ‘melepaskan batok di tangga’.

“Sidang DUN Johor hari ini hanya dua jam. Ibarat buat syarat, ‘melepaskan batok di tangga’. Banyak isu-isu rakyat tidak dapat dibahaskan dan sekadar menjawab soalan-soalan lisan yang dipilih… soalan berkenaan rakyat tidak didahulukan seperti isu kos sara hidup, harga komoditi dan pencemaran di Pasir Gudang yang tiada kesudahan… memang tiada komitmen.

“Speaker (Suhaizan Kaiat) kata nak perkasakan sidang DUN tapi jika nak perkasakan… perkasakan untuk rakyatlah, selesaikan masalah Rakyat!

“Jadi kalau kita tak hendak berbahas, berbincang isu-isu rakyat macamana kita hendak juarai mereka. Apa guna kita perkasakan DUN kalau kita tidak perkasakan rakyat,” tegasnya ketika dihubungi UMNO Online berhubung satu status di Facebook peribadinya mengenai sidang DUN Johor yang hanya berlangsung dalam tempoh dua jam.

Baru-baru ini Suhaizan yang juga Naib Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Johor berkata kerajaan negeri akan melaksanakan beberapa cadangan bagi memperkasakan sidang DUN negeri itu.

Mengenai bajet tambahan, Onn membidas kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) Johor yang tidak memberi komitmen sepenuhnya dalam membentangkan Bajet tambahan hari ini.

“Secara kebiasaannya, bila bersidang satu hari ini di Johor, bulan September ini, kerajaan akan bentang bajet tambahan. Mereka maklum bahawa Bajet tambahan pun tiada sebab kononnya mereka lagi efisen.

“Yang saya difahamkan, bukan sebab efisen mereka tidak membentangkannya. Ada agensi-agensi kerajaan negeri sudah menghantar Bajet tambahan tetapi malangnya, pentadbiran lambat mengumpul dan menyediakan maklumat. Oleh itu mereka gagal membentangkan Bajet tambahan pada sidang DUN hari ini. Ini menunjukkan kegagalan mereka untuk mengurus!

“Jadi bila mereka gagal, maka tak sempat hendak bentangkan hari ini. Bukan soal efisen, kalau dia kata efisen sekalipun, bermaksud mereka ini tiada perancangan lebihan untuk pembangunan negeri. Masih lagi menggunakan perancangan-perancangan dan bajet yang dibuat oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu sebab itu tiada Bajet tambahan,” tegasnya lagi.

Sumber Berita – UMNO ONLINE

Sumber Gambar – Utusan Online

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: