GABUNGAN PARTI POLITIK YANG DIGERUNI

1. Alhamdulillah UMNO dan PAS telah berjaya melakar sejarah baru yang akan memperkuatkan lagi politik orang Melayu dan umat Islam secara keseluruhannya melalui agenda penyatuan ummah.

2.Melalui “taawun siyasi” atau kerjasama politik yang termeterai secara rasminya UMNO dan PAS telah membuka lembaran baru politik tanah air, kerjasama ini juga secara rasminya UMNO dan PAS menamatkan persengketaan politik yang tercetus sejak puluhan tahun lalu.

3. Saya yakin dan percaya, penyatuan UMNO-PAS memberi kelegaan kepada orang Melayu. Saya yakin pecaya orang Melayu, umat Islam di setiap pelusuk negara cukup teruja dengan penyatuan ini. Kerjasama UMNO-PAS pastinya bukan saja memperkuatan orang Melayu dan ummah Islam, tetapi juga rakyat Malaysia berbilang kaum secara keseluruhannya

4. Meskipun pihak lawan mengkritik dan melabel penyatuan ummah dengan pelbagai gelaran negatif, namun rakyat lebih bijak menilai. Kejayaan himpunan ummah kali ini pastinya menjadi mimpi ngeri kepada pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta Presiden PAN Mohamad Sabu.

5. Umat Islam, orang Melayu dan rakyat Malaysia, pedulikan bisikan-bisikan “syaitan kecil” yang menghasut anda bagi menggagalkan usaha penyatuan ummah ini yang cukup besar maknanya kepada negara.

6. Kepada bukan Islam, usah takut dengan penyatuan ummah ini, ia bukan agenda rasis apatah lagi ekstrem. Ini agenda untuk semua, buka saja orang Melayu Islam, tetapi rakyat Malaysia berbilang kaum keseluruhannya.

7. Penyatuan ummah adalah agenda untuk membentuk kuasa politik rakyat bagi menetang PH yang ketika ini bukan saja gagal mengurus tadbir negara, tetapi lebih daripada itu sedang merosakkan negera yang dibina selama ini oleh BN yang mana kemakmurannya dapat kita nikmati bersama.

8. Ketika di bawah BN, ekonomi negara tetap makmur walaupun dalam situasai ekonomi dunia tidak menentu, isu perkauman terkawal, penghinaan terhadap agama dan institusi raja dicegah dengan berkesan, namun di era Malaysia baru ia membarah bagaikan tiada kawalan.

8. Oleh itu saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira bangsa Melayu, Cina, India, Siam, Orang Asli, Kadazan, Iban dan siapa saja yang bergelar rakyat Malaysia, demi negara tercinta, ayuh turun ke PWTC, mari kita sama-sama menjayakan agenda rakyat bagi menyelematkan negara tercinta daripada terus dirosakkan rejim Pakatan Harapan (PH).

MOHD HAIRI MAD SHAH

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: