“Kasi On Layang-Layang” terima sambutan hangat penduduk

LAYANG-LAYANG, 16 September – Hari ini telah berlangsungnya program “Kasi On Layang-Layang” sempena menyambut Hari Malaysia. Program yang dianjurkan oleh Sukarelawan Anak Selatan (SAS) iaitu sebuah NGO tempatan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Menurut Pengerusi SAS iaitu Saudara Zamrie Baharuddin, program tersebut telah dihadiri oleh hampir 1000 lebih orang penduduk. Antara program-program yang dilangsungkan ialah pertandingan beyblade, permainan aplikasi mobile legend, pertandingan mewarna, karaoke patriotik, sukan rakyat, pertunjukkan skyrunner, permainan layang-layang dan banyak lagi.

Sebelum itu, ADUN Layang-Layang iaitu Datuk Onn Hafiz Ghazi telah melakukan jelajah ziarah kasih dan menyertai beberapa program di kawasan Layang-Layang seperti di Felda Layang-Layang, Kg Sahari, Kg Chokro, Renggam Jaya, Renggam sebelum acara kemuncak di Padang Awam Layang-Layang pada belah petang.

Selain itu, Onn Hafiz turut berkesempatan merasmikan perpustakaan kanak-kanak di Felda Layang-Layang dan bersembang santai bersama penduduk Renggam.

Di sebelah malam pula, berlangsungnya acara penyampaian hadiah dan anugerah ikon yang telah disampaikan oleh Datuk Ir Haji Hasni Mohammad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor. Sebelum itu, Hasni yang dijemput berucap telah menyatakan Karnival Kasi On Layang-Layang hari ini adalah terlihatnya muafakat rakyat tanpa mengira kaum. Beliau yang merupakan ADUN Benut menjelaskan bahawa beliau inginkan Layang-Layang mengecapi kemajuan demi kemajuan dan menolak segala perkara yang menggugat muafakat.

Antara yang turut hadir memeriahkan program di malam kemuncak ialah Datuk Zakaria Dullah, Ketua UMNO Bahagian Simpang Renggam dan ketua-ketua sayap UMNO Bahagian Simpang Renggam, Datuk Onn Mohd Yassin, Mantan ADUN Layang-Layang dan rakan-rakan komponen.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: