HORMATI SUARA ORANG MUDA, PEMIMPIN PERLU LEBIH BERTANGGUNGJAWAB

JOHOR BAHRU, 18 September – Pemimpin Hamba Rakyat, Golongan Belia Perlu Main Peranan Bersuara

Saya mewakili Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor menyokong titah Pemangku Raja Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang mahukan belia di negara ini sentiasa menyampaikan ‘suara-suara’ kepada pemimpin negara.

Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor bertitah peranan anak muda amat penting dalam menyampaikan pandangan demi memastikan kelangsungan perpaduan dan kemajuan ekonomi negara ini.

Baginda bertitah program yang melibatkan perpaduan adalah baik kerana nawaitu atau niat kita untuk membaiki apa sahaja kelemahan yang ada demi kemajuan negara perlu dilakukan secara bersama.

‘Suara-suara’ anak muda penting kerana tugas dan tanggungjawab pemimpin adalah untuk berkhidmat dan menjadi hamba kepada rakyat.

Program yang melibatkan 3,000 peserta itu disempurnakan Tunku Ismail.

Pada program itu, YB Mohd Syahbuddin Hashim, Presiden Persatuan Kelab Belia Malaysia (MAYC) merangkap Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia telah menyuarakan dua isu yang telah menjadi viral di negara ini iaitu isu pemansuhan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan juga bantuan dana kerajaan kepada persatuan belia.

Namun, saya berasa terpanggil untuk menyuarakan rasa terkilan terhadap siaran media YB Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor kerana seperti cacing kepanasan apabila isu ini disuarakan oleh pemimpin anak muda.

Apakah beliau bukan seorang belia? Rasanya beliau juga merupakan seorang belia tetapi tidak berasa tertekan kerana beliau mendapat kecukupan dari semua perkara. Beliau perlu ingat bahawa belia adalah penyumbang kemenangan PH pada pilihan raya lepas. Hari ini beliau berasa tidak selesa sekiranya isu anak muda disuarakan.

Beliau seharusnya lebih professional dalam isu ini dan mengambil perhatian lebih penting terhadap isu-isu anak muda. Bukannya terus mempertahankan kerajaan yang telah mencabuli janji pilihan raya lepas.

Tambahan lagi beliau yang telah diamanahkan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Kongres berkenaan tidak berada di dewan sewaktu isu itu diperkatakan. Adalah tidak wajar beliau memberikan pandangan yang berpihak sedangkan beliau tidak hadir. Beliau juga tidak mampu menjawab isu yang diperkatakan dalam sesi tersebut dengan alasan menjaga portfolio di bawah negeri.

Justeru, beliau perlulah lebih berlapang dada menerima pandangan, teguran dan suara anak muda berbanding mempolitikkan segala perkara tentang isu anak muda. Beliau perlulah menjadi seorang pemimpin yang lebih bertanggungjawab terhadap manifesto yang telah dijanjikan.

Pada kongres itu, 11 resolusi hasil persidangan meja bulat kongres berkenaan turut diserahkan kepada Tunku Ismail pada majlis tersebut.

Antara resolusinya adalah menggesa kerajaan perlu bersungguh-sungguh menyelesaikan isu ekonomi merangkumi pengangguran dan pemberhentian pekerja yang dirasai golongan belia serta menggesa ahli politik membudayakan politik matang dan tidak mengheret institusi belia ke kancah politik sempit dalam menyelesaikan sesuatu permasalahan dengan lebih baik.

MOHD HAIRI MAD SHAH

KETUA PEMUDA UMNO NEGERI JOHOR

#UmnoJohor

#UmnoJohorBangkit

#MadeInJohor

#DisiniLahirnyaUmno

#AmalDanUsaha

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: