1. Wanita UMNO melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dalam menegakkan keadilan kes kematian Allahyarham Muhammad Adib Bin Mohd Kassim.
2. Yang amat memeranjatkan lagi ialah berdasarkan hujah kehakiman yang dibuat oleh Hakim Mahkamah Koroner Shah Alam berkenaan inkues kematian Allahyarham Adib, jelas terbukti bahawa Tan Sri Tommy Thomas menggunakan kuasa dan pangkat untuk mempengaruhi keputusan penghakiman terhadap inkues kematian tersebut.
3. Hakim juga mendapati Tan Sri Tommy telah bertindak menghina mahkamah apabila membuat satu kenyataan yang berunsur ‘scandalous’.
4. Semalam, 23 September 2019, Mahkamah Koroner Shah Alam telah membenarkan agar prosiding komital ke atas Peguam Negara dimulakan.
5. Ini jelas, tindakan Tan Sri Tommy merupakan satu tindakan yang telah mencemarkan nama baik sistem perundangan negara apabila kenyataan sedemikian telah dikeluarkan oleh seorang yang bergelar Peguam Negara.
6. Semoga Muhammad Adib akan mendapat pembelaan yang saksama dan berintergriti agar pengorbanan beliau tidak dipersiakan.
Leave a Reply