PRK TANJUNG PIAI: BARISAN NASIONAL JOHOR AKAN RAMPAS SEMULA KERUSI TANJUNG PIAI

KULAI, 28 September – Malam tadi telah berlangsungnya Program Ceramah Pasca PRU-14 & Isu-Isu Semasa oleh Saudara Noran Zamini Jamaluddin atau mesra dikenali sebagai Maklong. Program anjuran UMNO Bahagian Kulai itu telah diadakan di Kampung Rahmat telah dihadiri hampir 200 orang tetamu.

UMNO KULAI SASAR TAMBAH PENGUNDI MELAYU

Program telah dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Ybhg. Datuk Haji Zainal Abidin Jidin, Ketua UMNO Bahagian Kulai. Zainal dalam ucapannya menjelaskan UMNO Kulai sedang berusaha menerapkan pemikiran pengundi Kulai khususnya di Bukit Batu.

Zainal di hadapan tetamu yang hadir, menyatakan sekiranya kita mahu meletakkan calon UMNO atau PAS di Bukit Batu yang majoritinya pengundi Cina, usaha mendaftarkan pengundi Melayu perlu digerakkan dan perlu ramaikan pengundi Melayu.

Beliau juga menyatakan, UMNO Kulai ada membincangkan perkara ini dengan PAS Kawasan Kulai. Selain itu, beliau turut menjelaskan bahawa Kulai mempunyai ramai pengundi luar Melayu dan mengikut statistik, sebanyak 64% pengundi Melayu dapat dibentuk sekiranya usaha mendaftarkan pengundi Melayu dapat dijayakan.

Ekoran itu, beliau meminta agar Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Kulai untuk bekerja lebih kuat untuk tarik pengundi muda.

Pada masa yang sama, beliau sebagai Ketua Bahagian turut mendengar ada aduan menyatakan UMNO Kulai ‘tidur’. Hakikatnya yang perlu diketahui, banyak UMNO Kulai telah perjuangkan antaranya dari segi pembangunan seperti sekolah, masjid dan jalan raya. Di akhir ucapannya, beliau berharap semoga rakyat Kulai sedar dan sama-sama memikul hasrat rakyat Kulai di masa hadapan.

INSAFI KEKALAHAN PRU-14

Dalam ucapan perasmian oleh YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad, beliau merakamkan tahniah kepada UMNO Bahagian Kulai di atas penganjuran program pada malam ini.

Dalam permulaan ucapan beliau, Hasni mengajak hadirin untuk menginsafi kekalahan UMNO-Barisan Nasional pada PRU lalu.

“kekalahan ini perlu dijadikan ingatan, kita ketika ada kuasa leka, seronok dan lupa dekatkan diri kepada rakyat”

Hasni juga menjelaskan bahawa, pemimpin sebelum ini lupa untuk melihat kawasan luar bandar. Pembangunan luar bandar ala kadar dan tidak seimbang dan ini mungkin menjadi sebab rakyat menolak kita (BN).

PRK TANJUNG PIAI: BARISAN NASIONAL JOHOR AKAN RAMPAS SEMULA KERUSI TANJUNG PIAI

Antara yang disentuh oleh Pengerusi Badan Perhubungan Negeri Johor merangkap Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia itu ialah berkenaan PRK Tanjung Piai yang akan dihadapi tidak lama lagi.

“UMNO Johor sedang diuji untuk menghadapi PRK di kerusi Tanjung Piai selepas penyatuan ummah yang baru-baru ini membentuk Piagam Muafakat Nasional”

Seperti kita tahu, penyatuan UMNO-PAS ini merupakan lambang kesepaduan orang Melayu tanpa menolak kepentingan kaum lain, ujar Hasni.

Mengulas penyatuan ummah, Hasni menzahirkan kerisauan orang bukan Melayu belum menunjukkan sokongan sepenuhnya terhadap penyatuan ini. Sebagai contoh, beliau memberitahu bahawa Presiden MCA dan MIC tidak hadir ke Himpunan Penyatuan Ummah di PWTC baru-baru ini.

Justeru itu, beliau berharap agar UMNO dan PAS Kulai akan bekerjasama untuk berperanan dan membantu Barisan Nasional merampas Parlimen Tanjung Piai daripada Pakatan Harapan.

Pada masa yang sama, Hasni mengulas kekalahan BN di Parlimen Tanjung Piai pada PRU lalu adalah isu perbalahan sesama sendiri. Beliau memberi contoh situasi di mana undi rosak (800 lebih) melebihi undi majoriti. Ia sesuatu yang mustahil untuk berlaku tetapi ia telah berlaku di Tanjung Piai sendiri.

Hasni turut berkata, Parti Putra yang diketuai oleh Ibrahim Ali dijangka akan bertanding di PRK Tanjung Piai. Parti Putra yang merupakan parti Melayu dilihat sebagai ancaman untuk memecah undi orang Melayu di Tanjung Piai.

BAHAYANYA DAP DI JOHOR

Di samping itu, Hasni turut mengingatkan para hadirin akan bahayanya DAP di Johor. Menurut beliau, DAP kini sedang menguasai Johor dan beliau sendiri mendapat tahu pegawai-pegawai yang ada kini lebih selesa berurusan dengan EXCO-EXCO DAP daripada PPBM.

Berkait dengan Tanjung Piai, DAP sejak dahulu lagi telah menjadikan kawasan tersebut sebagai medan eksperimen untuk meletakkan calon-calon Melayu DAP di situ. Antara calon Melayu DAP yang pernah bertanding ialah Ahmad Bin Ton (PRU 12) dan juga Mahdzir Bin Ibrahim (PRU 13) yang mana kedua-duanya tewas kepada calon BN pada ketika itu.

Lantaran itu, beliau risau Tanjung Piai menjadi kawasan melahirkan Melayu DAP di masa akan datang dan mengajak ahli UMNO untuk menyekat orang Melayu daripada menyertai DAP serta menjadi Melayu yang lupa daratan.

HARGAI AKAR UMBI UMNO

Antara perkara lain yang disentuh dalam ucapannya, Hasni turut menzahirkan rasa terima kasih kepada ahli akar umbi UMNO. Merekalah yang terus menjulang dan mendukung UMNO tanpa rasa bosan. Perjuangan mereka untuk menjaga kepentingan orang Melayu adalah tulus, ikhlas dan bersungguh-sungguh.

“kekuatan UMNO kini adalah sokongan daripada wira-wira yang tidak bernama dan tidak berjawatan”

Usai ucapan Pengerusi BPUNJ itu, majlis diteruskan dengan ceramah berkenaan isu-isu semasa oleh Saudara Noran yang juga merupakan Naib Ketua UMNO Bahagian Pokok Sena. Antara yang hadir dalam memeriahkan program tersebut ialah kepimpinan tertinggi UMNO Bahagian Kulai, Tuan Hj Abdul Aziz Jaafar, YDP PAS Kawasan Kulai berserta rombongan dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenggara dan rombongan.

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit #MuafakatNasional #PenyatuanUmmah #PRKTanjungPiai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: