
JOHOR BAHRU, 30 September – Satu mesyuarat khas Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor telah dilangsungkan di Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh YB Datuk Ir. Haji Hasni Mohammad telah dihadiri oleh Ketua-Ketua Bahagian UMNO di Johor serta Ketua-Ketua Sayap Negeri.

Antara perkara yang dibincangkan ialah berkenaan PRK Tanjung Piai dan Konvensyen UMNO Johor yang akan diadakan pada 5 Oktober ini.

Menyentuh berkenaan PRK, Hasni berkata UMNO Johor melihat Barisan Nasional berpeluang cerah untuk menang dan ia merupakan sebuah peluang baik yang perlu direbut. Ini adalah selepas wujudnya satu kesungguhan dan ada penelitian dari segala aspek. Hasni berkata begitu adalah kerana setelah mengambil kira dari segi keadaan semasa serta berasaskan perkembangan-perkembangan yang wajar diambil kira.
Hasni dalam sidang media turut berkata, BN masih mempunyai masa meningkatkan kekuatan untuk memenangi PRK Tanjung Piai. Beliau turut menjelaskan UMNO dan rakan komponen telah bersedia dengan jentera masing-masing untuk menghadapi PRK.

Soal agenda Konvensyen UMNO Johor yang akan berlangsung tidak lama lagi, Hasni berkata UMNO Johor akan membawa Deklarasi Tanjung Piai. Antara intipati penting dalam deklarasi tersebut ialah usaha-usaha parti untuk memperkasa soal pindaan perlembagaan parti, Muafakat Nasional dan membincangkan strategi-strategi untuk menghadapi PRU-15.

Dalam sidang media itu juga, Hasni berkata UMNO Johor telah mengambil ketetapan untuk menyokong Datuk Seri Hishammuddin Hussien dilantik sebagai Setiausaha Agung Barisan Nasional untuk mengukuh BN dan menambah kekuatan BN di Johor khususnya.

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit #BNJohor #MuafakatNasional #PRKTanjungPiai
Leave a Reply