KONVENSYEN UMNO JOHOR 2019

JOHOR BAHRU, 04 Oktober – Esok akan berlangsungnya Konvensyen UMNO Johor 2019 bertempat di Hotel Trove, Johor Bahru. Konvensyen yang bertemakan “Membumi Nasionalisme Melayu Islam” akan dirasmikan oleh Presiden UMNO YB Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

UMNO LAHIR DI JOHOR

“UMNO bukan lahir di tepi jalanan, UMNO lahir di tangga Istana Besar Johor – petikan ucapan Datuk Seri Najib Razak (Mantan Presiden UMNO)”*

Secara histografi, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organization (UMNO) telah ditubuhkan pada tahun 1946 di Istana Besar Johor Bahru. Johor telah menyaksikan kelahiran parti terbesar orang Melayu apabila ribuan orang Melayu berhimpun dan bertemu dalam Kongres Melayu Se-Malaya untuk kali ketiga.

Pada masa yang sama, buat pertama kalinya Piagam UMNO telah dibentangkan dalam Mesyuarat Penubuhan UMNO di Johor buat masa itu. Apa yang lebih menarik lagi ialah,  Pemangku Raja Johor pada ketika itu Tengku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim telah berangkat mencemar duli merasmikan upacara penubuhan UMNO.

Seramai 29 orang wakil daripada tiap-tiap badan gabungan yang telah menandatangani pengesahan Piagam UMNO sebagai tanda bermulanya perjuangan UMNO. Semasa berlangsungnya kongres di Istana Besar Johor Bahru itu Datuk Onn telah dipilih dengan sebulat suara menjadi Yang Dipertua UMNO Malaya yang pertama manakala Setiausaha Agung disandang oleh Datuk Panglima Bukit Gantang, Perak.

Baca: https://www.utusan.com.my/80-tahun-utusan/sejarah-utusan/i-utusan-melayu-i-cetus-penubuhan-umno-1.816012

UMNO JOHOR BANGKIT

Umum mengetahui, kekalahan UMNO pada PRU lalu telah menyebabkan UMNO Johor kehilangan kuasa di tempat lahir UMNO sendiri. Namun, tiada siapa yang dapat menyangkal bahawa UMNO hari ini masih dikenali sebagai parti yang terbesar dan pernah menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak dan pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. Ia adalah antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya setelah melalui berbagai peristiwa dan cabaran. Ia dihormati oleh kawan dan lawan di atas prinsip-prinsip keadilannya, ketegasan dan keupayaannya menjalankan dasar-dasar yang telah dipersetujui.

Esok buat pertama kalinya Konvensyen UMNO Johor akan berlangsung pada saat UMNO Johor menjadi pembangkang. Konvensyen yang berlangsung pada esok hari, akan membuktikan UMNO Johor masih belum terkubur dan akan turut menyaksikan kebersamaan kepimpinan UMNO Johor dengan Presiden UMNO untuk kembali bangkit.

“Biarpun tewas, UMNO masih memiliki potensi besar, pengalaman sejarah yang panjang, dan modal sosial yang handal untuk memberi solusi….biar tewasnya kita dalam pilihan raya, jangan singkirkan cita-cita besar. Kita mesti menyimpan cita-cita setinggi bintang di langit untuk bangsa kita.” – Tok Mat

Semoga petikan beberapa bait ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018 menjadi pendorong kebangkitan untuk semua ahli dan kepimpinan UMNO Johor.

Semoga konvensyen yang berlangsung pada esok hari akan berlangsung dengan jayanya serta menjadi titik mula yang besar untuk UMNO Johor bangkit dan merampas semula Johor daripada kerajaan Pakatan Harapan.

1. *Petikan ucapan Datuk Seri Najib Razak (Mantan Presiden UMNO) ketika merasmikan Majlis Perwakilan UMNO Bahagian Kota Tinggi 2016: https://www.google.com.my/amp/s/www.bharian.com.my/node/183160/amp

2. Hari ini dalam sejarah (Penubuhan UMNO): http://www2.arkib.gov.my/hids/print.php?type=A&item_id=260

3. Sejarah UMNO: https://umno-online.my/sejarah/

4. Ucapan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika merasmikan persidangan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri sempena Perhimpunan Agung UMNO 2018: https://www.utusan.com.my/rencana/utama/ucapan-timbalan-presiden-umno-datuk-seri-mohamad-hassan-1.756827

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit #KonvensyenUMNOJohor2019 #KUJ2019

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: