Model Johor ‘mengejar singa’ – Hasni Mohammad

DALAM Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor selepas 9 Mei lalu, Barisan Nasional (BN) masih memiliki 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan dua ADUN MIC. Malangnya, budaya lompat katak masih lagi diamalkan, maka tiga ADUN UMNO terjun ke padang yang berlainan menjadikan 14 ADUN UMNO, dua ADUN MIC dan seorang ADUN Pas. Kesimpulannya, 17 ADUN berada dalam blok pembangkang dan 39 di blok kerajaan.

Jangan dibiarkan senandung syahdu kekalahan menguasai diri, sebaliknya terus cekal bekerja untuk meyakinkan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia semula bahawa UMNO sudah berubah dan kita akan terus berubah.

Hasni Mohammad ketika menyampaikan ucapan dalam Konvensyen UMNO Johor 2019

POLITIK MELAYU PASCA PRU-14

Mengapa kita perlu berbuat demikian? Kerana iklim politik Melayu pasca Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) amatlah berbeza daripada apa yang pernah kita hadapi sebelum ini. Ia disebabkan oleh:

Pertama, kekalahan UMNO dan BN dalam PRU-14 telah melenyapkan penguasaan total politik bangsa Melayu. Orang Melayu sudah hilang status quo dalam menentukan untung rugi, jatuh bangun dan simpang siur nasib bangsanya sendiri, meskipun kita masih membentuk bangsa majoriti dalam Malaysia.

Kedua, kefahaman mengenai kedudukan orang Melayu sebagai bangsa teras dalam kemajmukan Malaysia semakin pudar secara perlahan-lahan. Prinsip first amongs equal atau pertama di antara yang sama sebagai prinsip asas pembinaan Malaysia semakin dicabar oleh pihak yang mahu menggantikannya dengan prinsip-prinsip lain.

Ketiga, pembawakan Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP dan sekutunya telah mengancam, membelenggu dan meresahkan setiap tubuh dan jiwa raga orang Melayu. Sama ada di desa mahupun di pinggiran bandar, orang Melayu merasakan Malaysian Malaysia telah mencengkam identiti dan jati diri kemelayuan mereka.

MUAFAKAT JOHOR

Pada masa sama, bila kita merenung pada keadaan di Johor, populasi negeri kita terbentuk daripada komposisi-komposisi kaum seperti berikut, Melayu 55 peratus, Cina 29 peratus dan India 10 peratus. Oleh itu moleklah kiranya sebagai sebuah bangsa, atas semangat Muafakat Johor secara berhikmah menterjemahkan Agenda Penyatuan Ummah UMNOPas mengikut cara kita sendiri. Dengan memilih suara pertengahan dan berpada dalam memperjuangkan hak keistimewaan Melayu serta kesucian Islam.

Jadilah orang Johor, yang benar-benar Johor dengan tanpa segan membawa gaya, kelaziman dan fiil kita dalam menjayakan Agenda Penyatuan Ummah UMNO-Pas ini.

MEMBUMI NASIONALISME

Bagaimanakah UMNO sebagai sebuah parti bertunjangkan Melayu dapat mengemudi bangsa dalam suasana politik pasca pemeteraian Piagam Muafakat Nasional?

Juga bagaimanakah UMNO berupaya memimpin orang Melayu dalam konteks dunia moden yang saban hari memaksa bangsa untuk menggadaikan nilai-nilai tradisi serta jati diri demi keuntungan material dan kelazatan-kelazatan duniawi lain?

Solusinya? Kita mesti Membumikan Nasionalisme Melayu Baharu. Sudah tiba masanya nasionalisme atau secara mudahnya bermaksud ‘perasaan cinta pada negara dan bangsa sendiri’ perlu difahami dan diterjemahkan oleh semua ahli parti dan orang Melayu dengan kaedah dan pembawakan berbeza.

APA PERLUNYA?

Pertama, setelah lebih tujuh dekad kewujudan UMNO, parti memerlukan satu kefahaman baharu dalam menterjemahkan semangat nasionalisme Melayu agar ia tidak ketinggalan zaman, relevan dan sentiasa segar saban masa.

Kedua, semua orang Melayu harus memiliki rasa cinta kepada negara dan bangsa sendiri. Ia bukanlah untuk Melayu di kampung dan pedalaman semata-mata. Ia bukanlah untuk orang Melayu yang menjadi ahli UMNO sahaja. Nasionalisme Melayu Baharu adalah untuk semua orang Melayu yang moden, liberal, tradisional, konservatif atau apa-apa sahaja label dan lagaknya.

” Dan ketiga, UMNO perlu perlahan-lahan meninggalkan pembawakan ketuanan Melayu yang sempit dan tertutup.”

TANJUNG PIAI KE PRU-15

Pilihan Raya Kecil ({PRK) Tanjung Piai pada 16 November ini adalah satu bentuk ‘latihan amali’ bagi BN Johor mempersiapkan diri untuk memenangi semula negeri kita pada PRU akan datang. Sikap dan demografi pengundi Melayu di Johor sudah berubah. Dahulu, Johor negeri yang selamat. Tidak kira siapapun calonnya, kalau dia bertanding di Johor, calon tersebut pasti menang. Namun hari ini bukan kelebihan kita lagi.

Antara perubahannya adalah, Pertama, Johor kini hanya mempunyai 38 kawasan DUN majoriti Melayu pada 55 peratus ke atas. Pada PRU-14, kita hanya memenangi 18 kerusi majoriti DUN Melayu dan bakinya kita tewas. Johor juga mempunyai sembilan kerusi DUN campuran dan hanya satu kerusi dimenangi dengan hanya majoriti 2.3 peratus. Pada masa sama, kita mempunyai sembilan kerusi DUN majoriti Cina dan kita kalah kesemuanya.

Kedua, politik identiti dibawa oleh UMNO dan Pas serta konsep Malaysian Malaysia oleh DAP bakal menjadi penentu utama pada PRU-15 selain halhal ekonomi seperti kos sara hidup serta peluang pekerjaan golongan muda.

Menyedari perubahanperubahan ini, Johor harus mengamalkan satu model baharu dalam menentukan calon, pengagihan kerusi dan kawasan serta naratif pilihan raya yang sesuai. Maka The Johor Model ini bakal diperkembangkan dan dipraktikkan dalam doktrin perkongsian kuasa BN mengikut kesesuaian negeri kita. The Johor Model ini harus memberikan nafas baharu kepada tadbir urus persendirian politik kita.

Maka jika kita mahu UMNO berkuasa semula, ia harus dilakukan atas niat-niat demikian:

Pertama, BN boleh memajukan Johor. Kita punya pengalaman dan ia terbukti lagi benar. Tatkala BN kalah, kerajaan negeri diserahkan kepada PH dalam keadaan yang amat baik sekali. Hutang kita rendah dan ekonomi kita berkembang. Rakyat tidak kira bangsa merebut peluang yang ada atas limpah kemajuan yang wujud hasil usaha BN.

Barisan Kepimpinan UMNO Malaysia dan UMNO Johor ketika Konvensyen UMNO Johor 2019

Kedua, kita mahu menang bukan atas sebab kuasa semata-mata. Kita mahu terus ‘Mengejar Singa’ dan memastikan Johor tidak terus ketinggalan dalam arus modenisasi dan kemajuan negara serantau. Saya punya satu tekad dan satu niat iaitu untuk memenangkan semula UMNO di negeri ini dan hanya dengan Membumikan Nasionalisme Melayu Baru sahajalah, kita berupaya melakukannya, bersama-sama.

DATUK IR. HASNI MOHAMMAD (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor )

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: