LATHEEFA GADAI INTEGRITI DEMI MAS ERMIEYATI?

Saya naikkan laporan Sarawak Report 17 Ogos 2015 untuk tujuan mengingatkan pembaca bahawa dalam laporannya itu, saya telah dilaporkan menerima sebanyak RM1 juta dari DS Najib Abdul Razak selepas PRU13. Bersama dengan saya, dua lagi pemimpin UMNO telah juga dilaporkan turut menerima sumbangan dari DS Najib. Mereka adalah Datuk Ahmad Mazlan dan Mas Emieryati.

Apabila saya ditanya olih media negara berikutan penulisan Sarawak Report itu, saya tidak menafikan bahawa saya telah menerima sumbangan sejumlah itu. Saya turut menyatakan bahawa sumbangan itu adalah untuk program dan kegiatan politik saya selaku ahli parlimen Johor Bahru. Saya telah memohon sumbangan itu dari DS Najib selaku Presiden UMNO Malaysia.

Selaku ahli parlimen UMNO, saya tidak mempunyai sumber kewangan lain kerana saya tidak terlibat dalam sebarang perniagaan. Olih itu, kepada siapa lagi yang saya bolih meminta bantuan kewangan selain dari presiden parti saya. Inilah penjelasan saya secara konsisten.

Saya tidak bolih bercakap bagi pihak Datuk Ahmad Mazlan atau Mas Ermieyati. Mereka tentunya ada penjelasan tersendiri.

Namun apa yang menimbulkan persoalan, apabila Lateefah Koyah mengumumkan pada Isnin lepas mengenai 81 entiti dan individu yang telah ditawarkan untuk mengkompaun kes didakwa dibawah AMLA, hanya saya dan Datuk Ahmad Mazlan yang termasuk dalam kumpulan 81 itu.

Secara ajaib, Mas Ermieyati telah tidak lagi disebut namanya. Pada Ogos 2015, nama kita bertiga disebut olih Sarawak Report. Pada 6hb Oktober, Lateefah Koyah gugurkan nama Mas Ermieyati. Tinggal sahajalah saya dan Ahmad Mazlan.

Umum mengetahui Mas Ermieyati yang pertama melompat keluar dari UMNO masuk PPBM. Tapi mengapa pula Lateefah Koyah gadaikan integriti nya untuk kecualikan seorang yang juga dilaporkan olih Sarawak Report telah menerima sumbangan politik dari DS Najib.

Sudahlah Mas Ermieyati tidak ada integriti politik kerana menjadi katak politik. Kini Lateefah juga sama2 mengadaikan integritinya dengan bertindak secara selektif terhadap kami yang tetap berpendirian politik kami bersama UMNO.

Dalam Malaysia Baru — Malaysia Bersih, yang berkuasa gunakan kuasa itu secara selektif terhadap mereka yang tetap dan teguh dalam prinsip politik.

Inilah harga maruah. Tetap terdedah kepada pendakwaan yang selektif olih mereka yang tidak ada integriti.

Sumber Foto: FB TTKM

SUMBER: https://www.facebook.com/632918459/posts/10156807004328460?sfns=mo

Artikel di atas adalah pandangan  peribadi penulis, dan  tidak semestinya mewakili pendirian UMNO Johor Official

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

UMNO Online

Laman Berita Rasmi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: