CALON UMNO ‘SUSAH’, CALON MCA LAGI ‘SUSAH’ – KHALED NORDIN

PEKAN NENAS, 13 Oktober – Petang tadi Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin, Naib Presiden UMNO merasmikan Bilik Gerakan Barisan Nasional (BN) DUN Pekan Nanas.

Sebelum itu, beliau yang juga selaku Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang bersama kepimpinannya telah mengadakan pertemuan pengenalan dengan AJK PDM Bandar Pekan Nanas Tengah, Parlimen Tanjung Piai di mana UMNO Pasir Gudang merupakan PDM bagi kawasan tersebut.

TEBUS KEKALAHAN PRU LALU

Dalam ucapan perasmian tersebut, Khaled menegaskan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai kali ini adalah untuk menebus kekalahan Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Justeru itu, beliau berharap agar seluruh jentera BN harus fokus kepada kemenangan. Di hadapan hampir tetamu yang hadir, Khaled menyatakan jentera akar umbi di Tanjung Piai merupakan jentera utama yang akan membawa kepada kemenangan BN dalam PRK akan datang.

UJIAN UMNO TANJUNG PIAI

Khaled pada yang sama turut memuji jentera akar umbi yang masih terus setia bersama UMNO. Ahli UMNO diuji kesetiaannya apabila BN tewas pada PRU lalu dan kini diuji sekali lagi untuk memenangkan PRK Tanjung Piai.

“Kita sedar ia bukanlah kerja mudah. Calon UMNO susah, calon MCA lagi susah” ujar Naib Presiden tersebut.

Ujar beliau lagi, kemenangan tidak datang bergolek dan jentera UMNO Tanjung Piai perlu kerja kuat serta perlu membuktikan yang UMNO Tanjung Piai masih kuat dengan memenangkan PRK ini.

TUMPUAN SATU NEGARA

PRK Tanjung Piai ini menurut Khaled akan menjadi tumpuan satu negara. Ada beberapa keadaan yang kita perlu sedar dalam menghadapi PRK ini.

Pertamanya, ini merupakan PRK selepas PRK yang BN menang tiga kali berturut-turut atas tiket UMNO. Adakah PRK ini boleh dimenangi oleh BN dan adakah UMNO Tanjung Piai mampu menangkan BN?, soal Khaled.

Atau ia akan menjadi situasi di mana Tanjung Piai tewas sekaligus akan memecahkan rekod untuk menafikan kemenangan BN setelah PRK Cameron Highlands, PRK Semenyih dan PRK Rantau.

Keduanya, PRK Tanjung Piai merupakan PRK yang pertama di Johor. PRK pertama di tempat lahir UMNO dan apa maknanya sekiranya UMNO kalah di tempat lahir sendiri, ujar Khaled.

Berdasarkan kepada statistik, pengundi Melayu adalah seramai 56% dan menjadi pengundi majoriti di Tanjung Piai. Namun, angka peratusan tersebut tidak membantu dalam untuk kita (BN) mendapatkan keputusan yang diharapkan, jelas Khaled.

Oleh itu, PRK kali ini menuntut kebijaksanaan UMNO Tanjung Piai. Selain itu, PRK kali ini turut menguji kesetiaan, komitmen dan ikrar ahli UMNO Tanjung Piai.

“Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul”

Tambah Khaled lagi, keputusan PRK akan datang ini akan mencerminkan imej UMNO di seluruh negeri Johor. Jangan main-main dan apa maknanya jika kita kalah PRK akan datang.

Ketiganya, PRK kali ini merupakan PRK pertama setelah termeterainya Piagam Muafakat Nasional. Piagam tersebut merupakan tanda persetujuan kerjasama antara UMNO dengan PAS serta lambang penyatuan ummah.

Apa yang penting juga, piagam itu turut menamatkan persengketaan antara dua parti Melayu terbesar. Jelas Khaled lagi, kerjasama yang terbentuk ini akan menjadikan UMNO yang mewakili orang Melayu akan terus kuat, relevan dan membantu untuk memenangi PRU-15. Pada masa yang sama, kerjasama UMNO-PAS akan membawa kesan positif kepada Melayu dan Islam.

MELAYU DAN ISLAM SEBAGAI TERAS UTAMA

Khaled dalam ucapannya juga menjelaskan kerjasama UMNO-PAS akan menjadikan Melayu dan Islam sebagai teras perjuangan.

Apa sahaja dasar atau pendekatan akan mengambil kira Melayu sebagai teras tanpa mengenepikan hakikat Malaysia sebagai negara majmuk dan berbilang kaum”

Keputusan PRK Tanjung Piai menurut beliau akan menunjukkan sama ada citra Melayu sebagai teras atau tidak dalam negara kita. Sekiranya pengundi Melayu memilih PPBM, ia menunjukkan pengundi Melayu akan memilih kesaksamaan antara kaum.

TIDAK KETEPIKAN KAUM LAIN

Perjuangan BN setelah Piagam Muafakat Nasional dilihat sebagai perjuangan asal BN seperti mula merdeka dahulu. Ini kerana, perjuangan asal BN dahulu telah menjadikan Melayu dan Islam sebagai teras.

Teras Melayu Islam ini tidak mengetepikan kaum-kaum lain dan muafakat ini mesti diterima. MIC secara rasmi sudah menerima Muafakat Nasional ini dan MCA juga kena menerimanya, ujar Khaled.

Mengambil semangat Muafakat Nasional, BN Tanjung Piai mesti terjemahkan Muafakat Nasional dan Penyatuan Ummah kepada kemenangan dalam PRK. Ujar Khaled lagi, Melayu tidak akan jadi teras kalau tiada penyatuan.

IKUT MODEL JOHOR

Bercakap berkenaan calon PRK Tanjung Piai, Khaled berkata calon tidak semestinya mengikut calon PRU lalu atau berdasarkan kerusi tradisi.

Ujar Khaled lagi, sebagaimana yang diperkatakan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor semasa Konvensyen UMNO Johor baru-baru ini, model Johor akan diterapkan bagi memastikan kemenangan dan akan meletakkan calon yang boleh menang di PRK Tanjung Piai. Tambah beliau, UMNO tidak pernah gagal untuk “deliver” kemenangan.

BUKAN PRK MUDAH

Menurut Khaled, PRK kali ini bukanlah mudah buat kerana kita (BN) akan melawan calon daripada kerajaan. Kita perlu terima hakikat bahawa akan ada penduduk yang menerima calon kerajaan dan kita juga perlu terima hakikat bahawa ada ahli kita yang sudah melompat dan perlu berhadapan dengan mereka pada PRK ini.

Selain itu, calon kerajaan (PH) juga mempunyai kelebihan terutamanya dalam memberi janj atau gula-gula di PRK Tanjung Piai. Beliau juga menjelaskan pemimpin tertinggi negara akan turun ke Tanjung Piai untuk berkempen.

“Orang beri kita terima dan jangan cair, usik Naib Presiden UMNO itu.

BN MESTI MENANG DI TANJUNG PIAI

Dalam ucapannya, Khaled sekali menegaskan bahawa BN perlu memenangi PRK di Tanjung Piai. Jika BN menang, ia menunjukkan orang Tanjung Piai menunjukkan mesej pada satu negara bahawa Tanjung Piai tidak berharap kepada kerajaan Pakatan Harapan.

Jika PH kalah, umur PH akan pendek menurut Khaled. Dan ini akan membuatkan PKR yang diterajui Anwar Ibrahim akan mendesak Tun dr Mahathir untuk meletakkan jawatan dan konflik antara PPBM dengan PKR akan memungkinkan berlangsungnya PRU-15 lebih awal.

BERKORBAN UNTUK UMNO

Di akhir ucapan, Khaled mengingatkan kepada ahli UMNO bahawa tiba masa kita berkorban untuk UMNO.

“Setelah 60 tahun UMNO berkorban, kini giliran kita berkorban untuk UMNO”

Khaled juga melihat kesemua UMNO Bahagian di Johor bersemangat dan atas semangat UMNO Johor, Tanjung Piai perlu menang. Beliau juga akan turun berkempen untuk memastikan kemenangan BN di Tanjung Piai.

Antara yang hadir dalam majlis perasmian tersebut ialah Datuk Ir Haji Hasni Mohammad, Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor, Datuk Jeffridin Atan, Ketua UMNO Bahagian Pontian dan kepimpinannya, Ketua Wanita UMNO Johor, UMNO Bahagian Pulai, UMNO Bahagian Pontian, UMNO Bahagian Kota Tinggi, UMNO Bahagian Iskandar Puteri, Ketua-ketua PDM DUN Pekan Nanas dan jentera-jentera BN.

#UMNOJohor #UMNOJohorOfficial #UMNOJohorBangkit #DisiniLahirnyaUMNO #AmalDanUsaha #PRKTanjungPiai #BarisanNasional

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: