HENTIKAN TAKTIK KOTOR PRK – WEE JECK SENG

Laporan polis terhadap saya yang kononnya terlibat dengan rasuah dalam projek Permit Masuk Kenderaan (VEP) jelas bermotifkan politik bagi menentang saya dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) ketika ini.

Ianya sama dengan apa yang berlaku ketika PRK Rantau sebelum ini apabila laporan polis dibuat terhadap calon Barisan Nasional (BN) Dato’ Seri Mohamad Hasan yang kononnya terlibat dengan rasuah berhubung pembelian pangsapuri di luar negara.

Setelah berakhirnya PRK Rantau, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudiannya membersihkan nama beliau dan pihak lawan pula tidak lagi membangkitkan isu tersebut.

Ditegaskan bahawa dakwaan yang dibuat terhadap saya yang mengaitkan dengan projek VEP ini sebenarnya bukanlah perkara baharu malah Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) telah pun membuat pendengaran sebanyak 3 kali sejak Mac tahun ini.

Banyak tuduhan yang disebarkan ketika ini adalah tidak berasas dan ianya telah pun dijelaskan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017.

Misalnya, tuduhan mengatakan bahawa syarikat yang berjaya mendapatkan projek berkenaan hanya memiliki RM35 dalam akaun bank. Walhal laporan Ketua Audit telah mengatakan bahawa syarikat terbabit memiliki lebih daripada RM3 juta dan melepasi kelayakan minima sebagaimana yang disyaratkan.

Tuduhan yang mengatakan kos operasi meningkat tinggi juga tidak tepat kerana ia sebenarnya disebabkan oleh peningkatan dalam skop yang ketara termasuk lebih daripada dua kali ganda kapasiti dalam beberapa keperluan.

Ini semua sudah dinyatakan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2017.

Saya perhatikan bahawa Laporan Audit juga menyatakan bahawa projek itu telah berjaya mengumpul lebih daripada RM177 juta hasil untuk kerajaan sejak ia dilaksanakan pada tahun 2016 sehingga Jun 2018.

Bagi menepis keraguan, saya tidak pernah menjadi pengarah untuk syarikat dan saya juga tidak lagi memegang apa-apa saham dalam syarikat berkenaan.

Saya tidak sesekali terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana awam. Saya amat yakin PAC dan pihak polis pastinya akan membersihkan nama saya.

Dalam masa sama, saya menggesa pihak lawan dalam PRK ini supaya berjuang dengan adil bersandarkan idea, dasar dan komitmen untuk rakyat.

Semua pihak seharusnya menghentikan taktik kotor dan kembali kepada fokus utama iaitu berkhidmat untuk rakyat.

Kenyataan Media calon Barisan Nasional, Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng

Dato’ Sri Dr. Wee Jeck Seng
Calon Barisan Nasional

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: