Penubuhan IPCMC runtuhkan moral PDRM – Hafiz Ariffin

Penubuhan IPCMC (Independent Police Complaints of Misconduct Commission) meruntuhkan moral PDRM kerana menggambarkan Kerajaan tidak meyakini institusi polis.

  1. Memandangkan esok adalah hari pengundian awal bagi PRK Tanjung Piai dan saya ingin kongsikan kebimbangan yang amat dekat pada hati anggota Polis iaitu berkaitan IPCMC yang patut dijadikan pertimbangan.

2.IPCMC merupakan RUU Suruhanjaya Bebas Aduan Salah Laku Polis 2019 yang sedang dibahaskan di Dewan Rakyat dan sedang dalam proses bacaan kali kedua dan ketiga.

3 IPCMC merupakan satu badan yang cuba untuk diwujudkan bagi menyiasat aduan terhadap anggota polis dan memberikan hukuman terhadap polis melalui Lembaga Tatatertib.

  1. IPCMC telah disyorkan semenjak Feb 2004 tetapi tidak dilaksanakan oleh kerajaan BN sebelum ini dan dimodifikasi dengan EAIC agar orang awam tidak mencampuri urusan dalaman polis.
  2. IPCMC dianggotai oleh 10 anggota Suruhanjaya yang dilantik oleh YDPA dengan nasihat Perdana Menteri. Tetapi keanggotaannya tidak dikhususkan dan membolehkan berlaku campur tangan dan pengaruh politik dari IPCMC terhadap polis untuk menjalankan tugasnya.
  3. Isu IPCMC dicanangkan oleh pejuang hak asasi dan PH kononnya untuk membela keadilan dan kebajikan banduan dan tahanan yang memberi ancaman kepada negara, akan tetapi struktur dan bidang kiasa IPCMC telah melangkaui peruntukan dan bidangkuasa Jabatan lain serta memberi imej negatif terhadap PDRM sebagai penjawat awam yang berkhidmat kepada rakyat untuk menjamin keharmonian dan keselamatan awam.
  4. Salah laku atau kecuaian PDRM sekarang juga telah pantau dan dikawal oleh 3 badan iaitu:
    a. Jabatan Integriti dan Peraturan Standard,
    b. Peraturan Pegawai Awam Kelakuan dan Tatatertib 1993,
    c. dan yang paling penting adalah Suruhanjaya Perkhidmatan Polis yang termaktub didalam Artikel Perkara 140 Perlembagaan Perseketuan berhubung dengan siasatan dan juga tindakan tatatertib terhadap polis.
  5. Malahan kerajaan juga sudah mempunyai Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) untuk mengatasi dan mengambil tindakan terhadap termasuk PDRM.
  6. Selain agensi kerajaan yang memantau PDRM, terdapat pelbagai NGO yang mengawai SPRM seperti SPRM, SUHAKAM & SUARAM.
  7. IPCMC seperti di Hong Kong dan Police Ombudsman Northern Ireland menjalankan siasatan terhadap aduan salah laku polis adalah terdiri daripada anggota polis sendiri. Tetapi pelantikan IPCMC di Malaysia tidak menetapkan siapakah yang layak mengganggotai IPCMC dan adakah IPCMC akan bebas dan bersikap neutral jika mereka dilantik oleh Perdana Menteri?
  8. Kuasa Tatatertib IPCMC tiada semak dan imbang dan prosiding serta hukuman tatatertib dikendalikan oleh Lembaga Tatatertib sahaja. Berbanding dengan amalan negara lain, seperti di Nigeria, perbicaraan terhadap polis mesti memerlukan kelulusan daripada Peguam Negara dan penghakiman pula, jumlah hakim juga ditentukan oleh kebijaksanaan Ketua Hakim Negara. Negara-negara lain seperti Hong Kong, UK dan Australia pula, bidang kuasa mereka hanya memberi syor kepada kerajaan.
  9. RUU yang dibahaskan juga menggunakan perkataan ‘Salah Laku’ Polis berbanding ‘Kecuaian Polis’. Perkataan tersebut juga mengundang persepsi negatif masyarakat terhadap integriti dan kredibiliti pihak polis dalam menjalankan tanggungjawab. Institusi Kepolisan dilayan seperti suspek yang melakukan kesalahan berbanding penjawat awam yang menjaga keharmonian dan keselamatan awam.
  10. Penambahan atau penubuhan IPCMC akan meruntuhkan moral PDRM kerana merasakan seolah-olah PDRM adalah institusi polis sendiri tidak diyakini oleh kerajaan. Maka eloklah kepada para anggota Polis yang bakal mengundi hari esok di Tanjung Piai, terjemahkan bantahan ini esok. Tolak Kerajaan PH yang langsung tidak menghormati dan menghargai kewibawaan PDRM!

Hafiz Ariffin
Pengarah Strategik Pemuda BN Johor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

@JohorTimes

Reporting Daily News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest blogger ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: