PAU 2019 : WANITA UMNO JOHOR USUL WUJUDKAN KOPERASI WANITA

KUALA LUMPUR, 5 Disember – Mengulas berkenaan usaha UMNO bagi Mendepani Cabaran Politik 2020, YB Zaiton Ismail berkata peranan anak muda adalah penting. UMNO seharusnya mendekati dan membawa anak muda yang cerdik pandai ke dalam bidang politik dan bersama-sama memperjuangkan UMNO.

MENDEPANI CABARAN POLITIK 2020 : PERANAN ANAK MUDA

“Bagi ruang dan peluang seperti Dewan Muda Johor (DMJ) atau Mahasiswa Turun Parlimen (MANTAP) bertindak sebagai think tank UMNO”

Menurut beliau, antara sebab Pakatan Harapan (PH) dapat membentuk jadi kerajaan pada PRU-14 lalu adalah dengan menampilkan pemimpin muda. Sebagai contoh di kawasan beliau sendiri di Muar, PH telah memenangi Parlimen Muar dengan menaruhkan YB Syed Saddiq walaupun tiada latar belakang politik.

Jelas beliau, UMNO hakikatnya mempunyai ramai pemimpin muda dan UMNO tidak perlu takut untuk memberi ruang serta peluang kepada anak muda.

“Anak muda yang menonjol, yang boleh bercakap, kita kena terima dan jangan sekat. Kita kena buang sifat itu (menyekat) dan bagi ruang dan peluang supaya mereka (anak muda) lebih berani ke hadapan”.

Selaku pemimpin lama, kita (UMNO) kena mendengar kata-kata atau rintihan anak muda. Kita jarang mendekati anak muda dan mengambil input daripada mereka, UMNO perlu ikut cara semasa, jelas Ketua Pergerakan Wanita UMNO Muar itu.

“Ramai anak muda di luar sana yang berminat dengan politik. Kita bagi ruang dan peluang supaya anak muda rasa UMNO itu mereka punya. Jangan ada gap (jurang) yang besar yang boleh menyebabkan anak muda takut dan akhirnya mereka dilamar oleh ‘orang lain’.”

Antara usaha yang boleh dilakukan ialah mendekati anak muda dari lepasan-lepasan universiti. DMJ dan MANTAP sebagai contoh yang ada kini, dilihat sebagai platform  yang cukup baik untuk UMNO Johor menggilap mereka. Beri peluang secara telus, dengar pandangan dan pendapat kerana mereka mempunyai idea yang lebih ke hadapan. Justeru itu, UMNO harus berani membuat perubahan.

KEMBANGKAN DEWAN MUDA JOHOR (DMJ)

Bertitik tolak daripada idea dan peranan DMJ, Zaiton menyokong agar konsep penubuhan DMJ ini patut diaplikasikan di negeri-negeri lain.

“Ini (DMJ) sepatutnya diterjemah ke negeri-negeri lain atau Dewan Muda perlu ditubuhkan di negeri-negeri lain yang akan memberi manfaat kepada UMNO amnya dalam mendengar kehendak anak-anak muda”.

Tegas beliau lagi, UMNO kena ikut keadaan masa kini dan jangan terkebelakang dan DMJ harus dikembangkan ke negeri-negeri lain. 

Dalam anak muda berkecimpung dalam bidang politik, Zaiton menasihatkan agar Anak muda jangan gopoh untuk terus ke hadapan, anak muda perlu menunjukkan bakat kerana UMNO memerlukan pengorbanan sebab UMNO bukan duit dan tanpa gaji. Pada masa yang sama, beliau menasihatkan anak muda harus belajar sikap sabar dan ‘naik’ secara berhemah. 

MENDEPANI CABARAN POLITIK 2020 : PERANAN JALINAN RAKYAT (JR)

Dalam mendepani cabaran politik 2020, Zaiton yang juga merupakan jurucakap bagi Wanita UMNO Johor mengakui memang wujud cabaran yang dihadapi oleh JR khususnya dalam keadaan UMNO yang serba kekurangan. Namun, Zaiton menegaskan bahawa peringkat akar umbi khususnya JR telah mengenepikan soal peruntukan atau Kewangan.

Bahkan menurut ADUN Sungai Balang itu, perjuangan Wanita UMNO sekarang lebih  bersemangat untuk BN merampas semula kuasa dan tidak mempertikai soal Kewangan.

WUJUDKAN KOPERASI : WANITA UMNO JOHOR

Sebagai jurucakap Wanita UMNO Johor, beliau telah membawa suara Wanita Johor untuk mewujudkan Koperasi Wanita. Dalam temubual Lensa UMNO Johor sempena PAU 2019 ini, beliau menjelaskan terdapat beberapa manfaat yang boleh Wanita UMNO terima.

Antaranya ialah melalui koperasi ini, kita (Wanita) dapat menyatupadukan golongan wanita dari pelbagai peringkat umur termasukalah anak-anak muda. Manfaat besar lain yang boleh Wanita perolehi ialah ia dapat menjana kewangan pergerakan sayap Wanita itu sendiri dan akhirnya akan membantu Wanita UMNO itu sendiri.

HARAPAN PAU 2019 

Bersempena berlangsungnya PAU 2019 ini, Zaiton berharap agar pemimpin-pemimpin atasan khususnya merasai kehadiran ahli-ahli di peringkat bawah/akar umbi. Selain itu, beliau turut berharap agar UMNO tidak membuat program secara besar-besaran, turun padang secara kumpulan kecil dan dengan lebih erat agar masyarakat merasakan keberadaan UMNO dan memperhebatkan rasa kepunyaan UMNO kepada ahli-ahlinya.

#PAU2019 #UMNOSebuahPerjuangan #LensaUMNOJohor #UMNOJohorOfficial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: