“BUKA SELUASNYA PARTI INI KEPADA ANAK MUDA” – HAIRI

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Suasana perjalanan Persidangan Agung UMNO (PAU) 2019 pada kali ini sangat menggalakkan dan luar biasa, itu kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor, Mohd Hairi Mad Shah ketika diwawancara dalam sesi bicara Lensa UMNO Johor.

Tambah Hairi lagi, sokongan anak muda terhadap semakin menggalakkan. Perkara ini dapat dilihat melalui kehadiran ramai anak muda ke PWTC bersempena PAU 2019 yang diadakan bermula 4 Disember dan berakhir pada hari ini.

Melihat kepada keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Tanjung Piai November lalu, Hairi menegaskan kemenangan Barisan Nasional dilihat sebagi suatu manifestasi kebangkitan anak yang kembali semula kepada BN. Tambah Hairi lagi, ini ditambah dengan kebobrokan Menteri-Menteri Kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang diumpamakan sebagai “Menteri Maharaja Lawak”.

“Kehadiran menteri-menteri pakatan (PH) memberi dan menambah lagi ‘peluru-peluru’ langsung tidak memberikan masalah kepada pihak pembangkang. Malah, serangan daripada pihak PH telah dipatahkan dengan senang oleh pembangkang (BN) dengan hujah-hujah yang kuat,” kata Ketua Pemuda Johor, Hairi Mohd Shah.

Diminta mengulas tentang perjalanan PAU kali ini, Hairi berpendapat bahawa UMNO perlu fokus menghadapi cabaran mendatang seperti yang dimaksudkan Timbalan Presiden UMNO, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Hassan. Ujar Hairi lagi, untuk menumbangkan kerajaan sedia ada kita (UMNO) hendaklah mempunyai perancangan strategi yang mantap. 

“Cabaran tersebut adalah berkenaan suasana landskap negara hari ini yang jauh lebih dinamik politiknya yang tidak stabil, suasana sering berubah tidak lagi seperti dulu. Perlu kita hayati bersama, perlu untuk kita jadikan parti ini “PRAKTIKAL” bukan lagi sekadar penyahut isu-isu yang ada, tidak boleh lagi berada dalam keadaan yang pasif seperti sebelum ini, parti perlu dibuka dengan seluasnya pada rakyat”.

Selain itu, daya tahan UMNO perlu dikekalkan 100 peratus sepanjang zaman kerana tanggungjawab ini perlu untuk Pemuda UMNO galas bersama dan kita tidak boleh lari dari fakta bahawa hari ini kita bukan lagi sebagai parti kerajaan.

Di akhir wawancara, Ketua Pemuda UMNO Johor itu turut mengingatkan agar Pemuda sentiasa bersama ingat tentang ideologi parti. Menurut Hairi, tanpa ideologi perjuangan kita akan kosong tanpa erti. UMNO ketika ini perlu berani berubah dengan bantuan Pemuda hari ini dan sama-sama mengharungi untuk membuang politik bangsawan, menolak personaliti yang banyak merugikan parti keramat ini dan kita perlu ingat bahawa parti ini adalah parti rakyat,”katanya.

#PAU2019 #UMNOSebuahPerjuangan #LensaUMNOJohor #UMNOJohorOfficial

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: