MAHASISWA MAHU UMNO KEMBALI TERAJUI JOHOR

KUALA LUMPUR, 7 Disember – Seperti kebiasaan, UMNO menjadikan PAU 2019 sebagai medan keterbukaan ahli-ahlinya untuk melontarkan idea dan pandangan. Ini termasuk juga pandangan serta idea daripada anak muda khususnya mahasiswa-mahasiswa. Atas keterbukaan itu, Lensa UMNO Johor sempat mewawancara Saudara Ahmad Al Mubarak Muhamad Kunyi, wakil Mahasiswa UMNO Malaysia yang berasal daripada Johor Bahru. 

Muafakat Nasioanal : Harapan Mahasiswa

Apabila diminta untuk mengulas berkenaan Muafakat Nasional, Mubarak yang membawa suara mahasiswa melihat Muafakat Nasional sebagai suatu usaha yang baik bagi parti UMNO setelah tewas kepada Pakatan Harapan (PH) pada PRU lalu.

“Mahasiswa berpendapat Muafakat Nasional merupakan satu usaha baik pimpinan parti UMNO bersama dengan PAS dan juga parti komponen Barisan Nasional, MCA dan MIC. Kerana blok pembangkang perlu bersama dalam membawa agenda rakyat bagi mengembalikan kepercayaan anak muda khusunya mahasiswa. Ini kerana kerjasama Muafakat Nasional ini dirasai kesannya dan impaknya oleh rakyat”.

Jelas Mubarak lagi, pembentukkan Muafakat Nasional merupakan suatu langkah yang tepat apabila mengambil kira prestasi kerajaan yang tidak menentu , terlalu banyak isu dan janji-janji yang tidak ditunaikan oleh PH. Selain itu, antara asbab lain mengapa perlu wujudkan Muafakat Nasional adalah kerana timbul isu mengganggu gugat kedudukan agama Islam.

Hasil Muafakat Nasional telah diterjemah dengan kemenangan sangat besar BN pada PRK Tanjung Piai. Namun, Mubarak turut menegaskan bahawa kejayaan besar ini tidak menunjukkan sokongan rakyat atau anak muda telah kembali kepada BN secara keseluruhannya. Tambah beliau lagi, ini merupakan imarah atau amaran kepada kerajaan.

“Cuma dengan kejayaan ini, UMNO jangan lalai dan perlu perkemaskan pergerakan kita selepas ini untuk PRU akan datang”

Pemimpin Pakatan Harapan Johor Kurang Berkaliber

Bagi Mubarak, anak muda khususnya mahasiswa lebih melihat kepada prestasi kerajaan dalam membandingkan kerajaan Barisan Nasional terdahulu dengan Kerajaan Pakatan Harapan dalam melihat soal aspirasi anak muda di Johor. 

“Mahasiswa kini tidak jelas dengan hala tuju kerajaan negeri bahkan tidak nampak apa sebenarnya tawaran yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada kami (mahasiswa). Kami tidak nampak sebarang perubahan yang dilakukan oleh kerajaan Negeri hari ini selain meneruskan dasar dan perancangan UMNO, BN terdahulu,” jelas Mubarak.

Jelas beliau lagi, pemimpin UMNO di Johor yang masih kekal adalah pemimpin yang ingin memperjuangkan rakyat. Jika dibandingkan dengan pemimpin PH di Johor, mahasiswa melihat pemimpin PH yang ada sekarang adalah kurang berkaliber dan penuh dengan kebobrokan.

Mengambil contoh YB Syed Saddiq, mahasiswa melihat beliau hanya pandai berjanji dan sehingga kini tidak menunaikan janji berkenaan pekerja anak muda di Singapura. Lebih mendukacitakan lagi apabila tiada usaha atau dasar kerajaan termasuk tidak disentuh dalam Bajet 2019 mahupun Bajet 2020 untuk membawa pulang anak muda yang berkerja di negara Seberang Tambak itu.

Menyentuh berkaitan blok pembangkang di Johor, Mubarak menyatakan beliau berminat dengan apa yang selalu dikatakan oleh Ketua Pembangkang Johor berkaitan “Johor Is Better State By A Design” yang mana Johor seharusnya menjadi sebuah negeri yang patut kita bangunkan dan bukan bersifat kebetulan.

“YB Datuk Ir Haji Hasni Mohammad yang juga Ketua Pembangkang Johor berjaya mengatur Muafakat Nasional menjadi amat berkesan di Johor. Suka untuk saya kongsikan pelan Datuk Hasni dalam membangunkan negeri melalui pendekatan “Johor Is A Better State By Design”. PeIan membangunkan Johor ini perlu dibangunkan sebagai sebuah negeri yang baik melalui perancangan yang teliti dan tersusun. Johor tidak sepatutnya membangun secara kebetulan”.

Pada masa yang sama, Johor juga beruntung kerana memiliki Tuanku Sultan dan TMJ (Pemangku Raja) yang sentiasa memastikan negeri dalam berkeadaan baik dan kerajaan PH Johor perlu melakukan sesuatu”, ujar Mubarak.

Muafakat Nasional Perlu Konsisten di Johor

Menurut Mubarak, beliau mengharapkan agar Muafakat Nasional dapat memberikan sesuatu kepada mahasiswa dan anak muda. Beliau turut mengingatkan pemimpin bahawa anak muda kini lebih ramai yang non-partisan dan sokongan anak muda adalah lebih melihat kepada prestasi kerajaan. Seperti yang berlaku hari ini, prestasi kerajaan PH telah menyebabkan mahasiswa sudah hilang kepercayaan kepada kerajaan PH.

“Justeru itu, Muafakat Nasional perlu terus konsisten dalam membawa agenda atau memperkasa anak muda serta memikirkan apakah tawaran baharu yang boleh diberikan kepada mahasiswa dan anak muda”.

Menurutnya lagi, UMNO terlebih dahulu perlulah membina kekuatan di dalam parti bagi menghadapi PRU akan datang. Perlu ada tawaran-tawaran baru yang menarik kembali kepercayaan anak muda untuk bersama dengan UMNO, Barisan Nasional. 

Mahu UMNO, Barisan Nasional Kembali Berkuasa Di Johor

Akhir sekali, kami (mahasiswa) merasakan sudah tiba masa untuk kita kembalikan kerajaan pusat mahu pun Negeri Johor kembali kepada UMNO, Barisan Nasional kerana kita harus akui kerajaan terdahulu jauh lebih baik kerana mempunyai agenda atau matlamat jangka masa panjang yang jelas dan dirasai oleh anak muda khususnya mahasiswa. Berbeza pula dengan kerajaan Pakatan Harapan kini yang agendanya lebih bersifat populis dan tidak sampai kepada kami mahasiswa. 

Di akhir wawancara, Mubarak yang membawa suara mahasiswa telah menggariskan beberapa ciri yang perlu ada dalam kalangan pemimpin UMNO Johor. Antaranya, mahasiswa mahukan pemimpin yang dekat dengan rakyat kerana dengan itulah baru pemimpin dapat mengetahui apa yang anak muda inginkan dan anak muda tidak segan untuk berdampingan dengan pemimpin.

Selain itu, mahasiswa mahukan pemimpin UMNO yang perjuangkan isu dan rakyat. UMNO Johor perlu terus mendesak kerajaan PH untuk menunaikan janji kepada anak muda dan mahasiswa. Pada masa yang sama, mahasiswa juga mahukan pemimpin UMNO Johor sentiasa menegur kepimpinan PH yang gagal mengurus isu berkaitan mengganggu gugat soal agama.

#PAU2019 #UMNOSebuahPerjuangan #LensaUMNOJohor #UMNOJohorOfficial #MahasiswaBangkit #UMNOSISWA

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: