
KUALA LUMPUR, 7 Disember – Menurut Jurucakap Pemuda Negeri Johor merangkap Naib Ketua Pemuda Negeri Johor sempena Perhimpunan Agung UMNO 2019, Saudara Mohd Fared Mohd Khaled, Pemuda Johor berhasrat agar Muafakat Nasional perlu diperluas dan diinstitusikan.
UMNO dan PAS perlu dilihat bergandingan setiap masa demi memperkukuhkan agenda Muafakat Nasional. Umno harus bersifat realistik, berbanding dengan Pakatan Harapan dalam memberikan tawaran yang munasabah dan praktikal kerana PRU-15 nanti merupakan satu pertembungan yang hebat, jelas beliau.
“Berikanlah tawaran yang munasabah kepada orang muda, kerana mereka perlukan pembaharuan, jangan berikan tawaran yang bukan-bukan dan akhirnya tak dapat ditunaikan”

Berdasarkan kepada pemerhatian beliau, Perhimpunan Agung UMNO (PAU) kali sangat mengagumkan. Ini kerana setiap perwakilan hadir bersama satu semangat baru atas kejayaan Barisan Nasional di dalam empat Pilihanraya Kecil yang telah berlaku dalam tahun ini dan yang terakhir di Tanjung Piai dengan kemenangan majoriti lebih 15 ribu.
Fared yang juga Ketua Pergerakan Pemuda Parit Sulong berkata, seramai sembilan ratus lebih perwakilan Pemuda telah hadir dan persidangan telah berjalan dengan lancer tanpa ada perbalahan. Berbeza dengan persidangan Angkatan Pemuda Keadilan yang berlangsung semalam dimana berlakunya pergaduhan dan berlakunya “pertumpahan darah”.
#PAU2019 #UMNOSebuahPerjuangan #LensaUMNOJohor #UMNOJohorOfficial

Leave a Reply