APA NASIB RIBUAN KAKITANGAN MEDIA PRIMA BHD? MANA JANJI KERAJAAN PH MAHU WUJUD 1 JUTA PELUANG PEKERJAAN?

1. Tidak dinafikan cabaran ekonomi dunia yang berlaku masa kini sedikit sebanyak memberi kesan terhadap perjalanan ekonomi di Malaysia, khusus buat konglomerat dan syarikat besar yang beroperasi di negara ini.

2. Saban hari, ada sahaja berita kita dengar mengenai syarikat mengalami kerugian, mengecilkan operasi, memberhentikan pekerja, malah lebih teruk terpaksa gulung tikar dan diberhentikan operasi.

3. Dalam industri media misalnya, tidak dinafikan mereka mengalami tempoh sukar dan baru-baru ini nasib pekerja di syarikat Utusan Melayu yang memberhentikan operasinya Oktober lalu, masih tidak diketahui sehingga kini.

4. Terbaharu, Pemuda UMNO Johor difahamkan Media Prima Berhad dalam perancangan untuk mengecilkan operasinya dengan menawarkan skim pemberhentian kepada ribuan kakitangannya di seluruh negara dan berita ini suatu yang amat mengejutkan bagi sebuah konglomerat besar media di Malaysia.

“…Pemuda UMNO Johor difahamkan Media Prima Berhad dalam perancangan untuk mengecilkan operasinya dengan menawarkan skim pemberhentian kepada ribuan kakitangannya di seluruh negara…”

5. Persoalannya, mengapa perkara ini berlaku? Tidak adakah usaha daripada kerajaan di bawah Pakatan Harapan untuk membantu dan mengelakkan perkara ini berlaku, apatah lagi membela nasib mereka yang bakal hilang pekerjaan, sumber rezeki menyara anak dan keluarga.

“Tidak adakah usaha daripada kerajaan di bawah Pakatan Harapan untuk membantu dan mengelakkan perkara ini berlaku…”

6. Sedangkan rangkaian dan platform berita di bawah kendalian Media Prima Berhad kebanyakkannya membawa suara dan menjadi ‘frontline’ menyalurkan maklumat, usaha dan dasar kerajaan Pakatan Harapan hari ini.

7. Di manakah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang selama ini lantang bersuara dalam Parlimen ketika menjadi ahli Parlimen Pembangkang dahulu? Mana suara beliau dalam mempertahankan dan menjawab segala isu yang berlaku dalam industri media di negara ini?

Di manakah Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo yang selama ini lantang bersuara dalam Parlimen ketika menjadi ahli Parlimen Pembangkang dahulu?

Sumber Foto: Malaysia Kini

8. Apakah relevan janji menyedialan 1 juta peluang pekerjaan berkualiti, sedangkan ribuan rakyat Malaysia berdepan situasi sukar diberhentikan secara tiba-tiba? Adakah kerajaan Pakatan Harapan langsung tidak ambil peduli situasi yang berlaku sekarang ini?

9. Apakah usaha kerajaan Pakatan Harapan mahu memulihkan keadaan ekonomi negara dan mengelak lebih banyak syarikat gulung tikar? Satu tindakan konkrit perlu dikeluarkan khusus bagi mengelak situasi pembuangan kerja, pada masa sama membela nasib mereka yang diberhentikan ini.

10. Justeru, Pemuda UMNO Johor mendesak kerajaan Pakatan Harapan memberi jawapan kepada isu ini terutama menerangkan situasi semasa kepada umum terutama bagi mengembalikan keyakinan pelabur yang sedikit sebanyak terjejas melihat keadaan perniagaan yang semakin ‘huru-hara’ di negara ini.

11. Tempoh hampir dua tahun ini janganlah ‘dikorbankan’ ramai lagi rakyat yang hidup mereka kini sudah pun dihimpit pelbagai masalah terutama kos sara hidup yang semakin tinggi, janganlah menambahkan lagi statistik pengangguran di negara ini yang sudah pun berada pada tahap membimbangkan.

MOHD HAIRI MAD SHAH, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO ##UMNOSebuahPerjuangan #PemudaTerasKebangkitan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: