DALAM ISLAM ORANG YANG TIDAK MENUNAIKAN JANJI DIPANGGIL MUNAFIK

Sebagaimana yang kita tahu, tidak ada satu agama pun yang mengajar penganutnya untuk memungkiri janji. Tambahan pula sebagai seorang yang beragama islam sendiri dalam Al-Quran dan Hadis nabi juga melarang umatnya untuk memungkiri janji kerana orang yang memungkiri janji adalah MUNAFIK.

Walaupun kerajaan harini mengambil jalan mudah dengan mengatakan manifesto bukan kitab suci, tetapi apa yang telah dijanjikan dulu merupakan harapan yang tetap menjadi JANJI buat rakyat yang perlu ditunaikan. Kerajaan hari ini berjanji sekadar melepaskan batuk di tangga untuk matlamat menghalalkan cara sahaja.

Kekalahan kerajaan hari ini di beberapa PRK yang telah dijalankan selepas sahaja PRU14 sedang memberi amaran buat kerajaan PH supaya jangan sesekali bermain-main dengan janji manis yang akhirnya menyusahkan rakyat yang dulu mengharapkan sesuatu perubahan yang lebih baik. Tetapi yang jadi hanyalah harapkan pagar, pagar makan padi.

Rakyat sudah muak dan mual dengan alasan-alasan yang sering kali menjadi penyelamat untuk kerajaan PH tidak menunaikan janjinya dengan hanya tahu menyalahkan kerajaan yang terdahulu sebagai punca tidak dapat menunaikan janji-janji mereka. Berapa banyak janji-janji yang telah ditunaikan? Yang tahu hanya menukar nama seperti Gst kepada SST yg tidak langsung memberikan kebaikan dan manfaat kepada rakyat.

Ungkapan Penipu, Kaki Kencing dan Hancing untuk menggambarkan kerajaan PH harini tidak memadai. Sebaliknya Dalil Al-Quran sendiri telah menunjukkan ciri-ciri seperti ini adalah MUNAFIK. Bukan kami yang kata tetapi Kitab Suci orang islam sendiri menyatakannya.

Ingatlah, andai sekalipun diakhir penggal ini segala janji dapat ditunaikan, sebagai rakyat biasa yang merasai dan menilai tidak lagi akan terpedaya dan termakan dengan apa yang dijanjikan. Cukuplah hari ini agama dan bangsa sangat mudah dipijak dan dihina. Hal-hal terutama berkaitan agama tidak lagi diambil sirius. Sudah banyak berlaku kecelaruan yang menyebabkan kami anak muda sendiri sedang bangkit kembali bersuara berjuang dengan idealime mempertahankan hak agama dan bangsa kami.

Dalam Islam terdapat 3 ciri-ciri orang munafik seperti yang disampaikan oleh baginda Rasulullah SAW dalam sabdanya yang berbunyi.

‎عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ عَنِ النَّبِىِّ صلى الله عليه وسلم – قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلاَثٌ إِذَا حَدَّثَ كَذَبَ ، وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ ، وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ

Dari Abu Hurairah, bahwa Nabi SAW bersabda, Tanda-tanda orang munafik ada tiga:

1)Jika berbicara dia berdusta,

2)Jika berjanji dia mengingkari,

3)Jika diberi amanah dia berkhianat (HR. Al- Bukhari)

Muhamad Syahmi bin Noordin

Mahasiswa UMNO

Kelab Mahasiswa UMN0

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO ##UMNOSebuahPerjuangan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: