
JOHOR BAHRU, 18 Disember – Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor (BPUNJ) telah menyerahkan sumbangan banjir kepada penduduk Lorong Aris, Batu Lapan Setengah, Skudai sebentar tadi.
Seramai 31 buah keluarga yang melibatkan 89 orang mangsa telah menerima bantuan banjir. Bantuan tersebut telah disampaikan oleh Tuan Haji Pandak Ahmad, Setiausaha Kerja UMNO Johor merangkap Timbalan Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri.

Seperti yang difahamkan penduduk, hujan yang berterusan beberapa hari lalu menyebabkan kawasan mereka duduki dinaiki air ekoran limpahan air dari Sungai Skudai.
Kerja-kerja mengemas rumah telah siap dilakukan secara bergotong-royong oleh penduduk dengan kerjasama UMNO cawangan dan Persatuan Belia 4B Kawasan Iskandar Puteri.

#UMNOJohorOfficial
#AmalDanUsaha
Leave a Reply