Johor Banjir, MB Ke Mesir

1. Johor antara beberapa negeri yang sedang teruk dilanda banjir. Ramai keluarga dan mangsa sedang diberikan bantuan oleh pelbagai pihak dan sukarelawan yang bertungkus lumus memastikan mereka selamat.

2. Dalam keadaan sebegini, pihak Kerajaan Negeri dan pemimpin tempatan sangat diperlukan untuk turun padang dan membantu sedaya yang mungkin. Mereka mesti terus memantau dan memastikan yang segala aspek keselamatan dan misi bantuan berjalan lancar. Bukan sekadar melepas tangan kepada kakitangan kerajaan negeri atau para sukarelawan. Atau sekadar mengadakan satu lawatan ke pusat pemindahan.

3. Malangnya, ketika keadaan di Johor belum reda dan pulih, YAB Menteri Besar Johor Dr. Shahruddin Jamal memilih untuk mengadakan lawatan ke luar negara di Mesir.

4. Barangkali alasan yang akan digunakan adalah kerana lawatan tersebut sudah lama di rancang. Alasan sebegini tidak boleh diterima.

5. Pertama, sebarang lawatan ke luar negara boleh dijadualkan semula sekiranya wujud keperluan yang lebih mendesak di peringkat tempatan.

6. Kedua, lawatan tersebut adalah bertujuan untuk bertemu para pelajar kita di Mesir. Bukankah selepas bencana banjir ini selesai, mereka akan masih berada di sana dan boleh dilawati? Sedangkan mangsa-mangsa banjir masih bertarung dengan ketidaktentuan dan pelbagai musibah.

7. Ketiga, saya yakin pihak penganjur atau pelajar kita di sana mempunyai kematangan yang tinggi untuk memahami dan menerima pembatalan lawatan tersebut kerana bencana banjir yang sedang berlaku di Johor.

8. Keempat, inilah masanya untuk YAB Menteri Besar Johor mempamerkan keupayaan meletakkan prioriti atau keutamaan dalam sesuatu isu.

9. Saya harap beliau dan barisan Pentadbiran Negeri yang lain akan dapat memberikan perhatian serius kepada isu yang lebih penting sekarang.

10. Marilah kita semua mendoakan keselamatan keluarga dan mangsa yang terjejas agar berada dalam keadaan selamat. Marilah kita semua bersama-sama menghulurkan bantuan serta sumbangan seberapa yang boleh dalam kapasiti masing-masing. Semoga keadaan akan pulih segera.

Sumber: https://www.facebook.com/48750023172/posts/10157223605783173/?d=n&substory_index=0

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: