
Tahun 2019 akan melabuhkan tirainya dan tahun baru 2020 bakal menjengah kurang sehari lagi. Tahun 2019 dilalui dengan pelbagai rencah dan warna dan yang pasti kos sara hidup rakyat terus meningkat dan mata wang negara terus merosot walapun BN tidak lagi berkuasa.
Lebih malang lagi, beberapa keputusan dibuat kerajaan Pakatan Harapan (PH) indah khabar daripada rupa dan rakyat terus tertipu dan ditipu oleh PH. Soal kebajikan rakyat terus diabaikan rejim PH apabila satu demi satu bantuan kepada rakyat ditarik secara halus.
Bahkan banyak agenda pembangunan yang dilaksanakan BN sebelum ini yang dikatakan sebagai “menjual negara” seperti pembangunan Bandar Malaysia, Menara TRX akhirnya menjadi satu projek yang menguntungkan negara. Sedangkan sebelum berkuasa PH memfitnahnya sebagai satu penggadaian kedaulatan negara.
Namun, rakyat sedar dan nampak kepincangan kerajaan PH dalam mengurus tadbir negara, rakyat mula bangkit menentang penipuan, rakyat mula mempersoal menteri-menteri kartun yang tidak pandai buat kerja, sebaliknya hanya berbangga dengan kedudukan dan jawatan.
Satu demi satu isu yang menjadi kepentingan rakyat mula dicabul, daripada Tabung Haji hinggalah kepada dividen ASB terendah dalam sejarah negara, begitu juga puluhan juta diperuntukan bagi pembangunan kereta terbang dan rakyat dibiarkan supaya ikat perut dalam suasana ekonomi mencabar.
Banyak keputusan yang dibuat dan diumumkan oleh menteri-menteri “memakan diri”, akhirnya terpaksa membuat “u-turn” selepas menerima kecaman hebat daripada rakyat.
Kemuncak kemarahan rakyat adalah pada PRK Tanjung Piai, rakyat menghantar mesej jelas kepada pemerintah di Putrajaya bahawa mereka tidak senang dengan kerajaan hari ini yang bukan saja mengabaikan soal kebajikan rakyat, malah Islam juga turut terancam di bawah kepimpinan baru Putrajaya kini.
Kebangkitan rakyat menjadi penguat kepada UMNO dan BN, tahun 2019 boleh disifatkan sebagai tahun kebangkitan kembali UMNO selepas BN tewas dalam PRU-14 lalu.
Meskipun pada awalnya, UMNO tampak suram dan sukar untuk mencari rentaknya kembali, namun pada tahun 2019 UMNO memulakan langkah kebangkitannya meskipun ditekan pemerintah hari ini dan sikit demiki sedikit berjaya meraih kembali sokongan rakyat.
Kerjasama UMNO dan PAS menguatkan sokongan rakyat. Akhirnya kerjasama itu berjaya menterjemahkan kemenangan buat BN dalam empat PRK iaitu Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan kemenangan besar Tanjung Piai. Itu semua adalah satu manifestasi rakyat menolak PH.
Lebih manis lagi, melalui kebangkitan ini UMNO, BN berjaya merampas dua kerusi yang dimenangi PH dalam PRU-14 lalu.
Momentum kemenangan dan kebangkitan UMNO, BN tidak akan berhenti di situ, sebaliknya UMNO, BN akan mencipta kemenangan seterus dalam PRK Kimanis 18 Januari 2020, insya-Allah.
Pemuda UMNO Negeri Johor mengambil kesempatan mengucapkan selamat tahun baru 2020 kepada seluruh rakyat Malaysia khusunya rakyat di negeri Johor Darul Takzim.

#UMNOJohorOfficial #UMNOSebuahPerjuangan #DiSiniLahirnyaUMNO #MadeInJohor #AmaldanUsaha #PemudaTerasKebangkitan
Mohd Hairi Mad Shah
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor
Leave a Reply