Kita Punya Impian, Malaysia Punya Masa Depan – Khaled Nordin

Telah terbit fajar 2020 hari ini. Telah kita tinggalkan 2019. Bersama fajar yang menyingsing, terbitlah impian baru dalam sanubari kita.

Yang dinamakan impian itu, tidak pernah menua. Adalah lumrah, kita senantiasa hidup dengan menyimpan impian. Tanpa impian, kita kehilangan motivasi, hala tuju dan semangat untuk hidup.

Sekalipun impian kita berlainan dan pelbagai, sudah tentu setiap dari kita mempunyai impian untuk tanah air. Impian kita, semoga 2020 ini menjadi tahun yang menyaksikan Malaysia bukan sahaja terus mempunyai masa depan. Tetapi masa depan yang lebih baik dan terjamin.

Terjamin kemakmurannya. Terjamin keselamatan dan keutuhannya. Terjamin mutu hidup dan keberadaan sosial masyarakatnya. Terjamin, dari terus dimungkiri oleh pemimpin yang dusta dan tidak berlaku benar.

Kita mahukan jaminan, bahawa semua janji pemerintah untuk tanah air, mesti dilaksanakan dan dilunaskan. Kerana nilai kepada harga diri manusia itu, ialah pada janji yang ditunaikan.

Jaminan masa depan Malaysia yang lebih baik tidak memerlukan pidato yang inspiratif. Tetapi kerja keras, idea yang tulen, keeratan kerjasama semua serta fokus yang tidak berbelah bahagi.

Untuk Malaysia nan satu-satunya ini, marilah kita pastikan apa sahaja impian kita, menjadi impian nyata.

Impian nyata bahawa kita memilih perpaduan dan bukan perpecahan untuk masa depan Malaysia.

Impian nyata bahawa kita mendukung perkongsian kesejahteraan dan bukan membenarkan kesenjangan melebar.

Impian nyata bahawa kita mahukan Malaysia sebagai sebuah bangsa, bukan wilayah terpecah.

Impian nyata bahawa semua bakat dan potensi mesti dibongkar dan diupayakan dengan sebesar-besar ikhtiar, bukan dipinggirkan tanpa rasa kehilangan.

Impian nyata bahawa lingkungan Malaysia ini, mesti dimajukan dengan lestari, demi kesejahteraan warganya, bukan dinodai oleh kerakusan kaum pemodal yang hanya mengejar nama dan kuasa ringgit.

Semoga kita dan tanah air ini akan menjadi lebih baik, insya-Allah.

Selamat tahun baru 2020 Malaysia!

#UMNOJohorOfficial #DiSiniLahirnyaUMNO #MadeInJohor #AmalDanUsaha #UMNOSebuahPerjuangan

Mohamed Khaled Nordin(MKN)

Naib Presiden UMNO

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: