
Insiden merobohkan Billboard ucapan tahun baru Ahli Parlimen Sembrong YB Dato Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah suatu tindakan yang biadap dan tidak boleh diterima sekali.
Pemuda Sembrong difahamkan bahawa billboard berkenaan adalah hak milik Pusat Khidmat Parlimen Sembrong yang telah mendapatkan kebenaran oleh pihak Majlis Perbandaran Kluang sewaktu ia hendak didirikan.
Malah billboard tersebut tidak mempunyai apa-apa mesej berbaur politik, hanyalah ucapan seorang Ahli Parlimen untuk warga parlimennya. Inilah bila perkhidmatan mereka (PH) kepada rakyat tidak seberapa, billboard Ahli Parlimen Sembrong pun dah cukup menakutkan mereka.
Untuk makluman umum, Billboard tersebut telah pun terbina semenjak tahun lamanya. Namun semenjak pemerintahan PH dan Paloh berada di bawah DAP, inilah sikap angkuh yang ditunjukkan.
Kami percaya bahawa tindakan pihak berkuasa dipengaruhi oleh tekanan politik dan mereka tidak mempunyai pilihan untuk akur. PH jangan terlalu yakin dan angkuh dengan kuasa yang ada. Rakyat menilai dan kami akan ingat peristiwa hitam ini! Tolak PH! Lawan tetap lawan!

#UMNOJohorOfficial #AmalDanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO
Hafiz Ariffin,
Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sembrong.
Leave a Reply