
MEMBAKUT, 7 Januari – Sebentar tadi berlangsungnya Ceramah PDM Lumat bertempat di Kampung Kiulu Baru.

Ceramah tersebut dimeriahkan dengan ceramah oleh Pengerusi UMNO Sabah, YB Dato’ Sri Bung Mokhtar Radin dan Timbalannya, Datuk Hj Yakub Khan.

Program tersebut dihadiri oleh YB Datuk Joniston Bangkuai, ADUN Kiulu dari Parti Bersatu Sabah dan berkesempatan untuk memberikan ceramah kepada hadirin yang hadir.

Antara isu panas yang diketengahkan penceramah malam tadi ialah berkenaan isu Pas Sementara Sabah (PSS) yang akan menggangu gugat keistimewaan rakyat Sabah serta ketidakmampuan pemimpin Warisan untuk memajukan Sabah.

Bung Mokhtar dalam ceramahnya, menyeru penduduk Kimanis untuk mengundi calon Barisan Nasional yang dilihat lebih berkredibiliti berbanding calon Warisan.


#UMNOJohorOfficial #BarisanNasional #UndiBarisan #PRKKimanis #P176 #RaduTatapRadu #TatapBN #UbahBalik
Leave a Reply