
MEMBAKUT, 11 Januari – Hasni dan Hishammuddin hari ini turun berkempen di Lumat. Gandingan kedua-dua orang pemimpin UMNO Johor itu telah menziarahi beberapa buah rumah dan berjumpa dengan pengundi-pengundi di Lumat.
Sesi ziarah kasih itu antara tujuannya ialah berkempen untuk Datuk Mohammad Alamin iaitu calon Barisan Nasional PRK Kimanis.



Walaupun hujan turun, ia tidak mematahkan semangat pemimpin-pemimpin tersebut untuk berkempen dan mendekati rakyat.
Hasni dan Hishammudin berkesempatan untuk solat Maghrib berjemaah di Rumah Tuan Haji Aliamat Arip iaitu Ketua Cawangan UMNO Kg. Lambunau dan beramah mesra dengan pengundi dalam cawangan tersebut.

Sebelum itu, kedua-dua pemimpin itu berkesempatan untuk beramah mesra dengan jentera PDM Lumat. Turut bersama dalam sesi ramah mesra itu ialah calon BN kita dan beliau berterima kasih kepada kepimpinan Johor yang membantu berkempen untuk beliau.

Antara pemimpin lain yang hadir membantu untuk berkempen ialah YB Arthur Joseph Kurup (Ahli Parlimen Pensiangan) dan kepimpinan Parti Bersatu Sabah (PBS), YB Datuk Seri Hj Ahmad Hamzah (Ahli Parlimen Jasin), Rizam Ismail (ADUN Sungai Air Tawar) dan ramai lagi.

#UMNOJohorOfficial #BarisanNasional #UndiBarisan #PRKKimanis #P176 #RaduTatapRadu #TatapBN #UbahBalik
Leave a Reply