
MEMBAKUT, 13 Januari – Rombongan UMNO Bahagian Ayer Hitam yang diketuai oleh Timbalannya, Tuan Haji Kamal Harun yang sudah tiba di Sabah semalam bersiap sedia membantu calon Barisan Nasional.

Rombongan tersebut telah singgah di Rumah Johor dan turut berkesempatan beramah mesra dengan Mantan Ahli Parlimen Kimanis, Dato’ Sri Anifah Aman sebentar tadi.

Turut hadir dalam sesi ramah mesra dengan Anifah ialah jentera Wanita UMNO Johor dan Ketua-Ketua Cawangan PDM Lumat.

Kepimpinan UMNO Ayer Hitam akan mengikuti beberapa siri kempen dan membantu dari sokongan moral sempena PRK Kimanis.

Leave a Reply