WANITA JOHOR ZIARAH MANGSA BANJIR DI KIMANIS

MEMBAKUT, 13 Januari – Cuaca hujan berterusan selama dua hari lepas telah menyebabkan beberapa kawasan di Kimanis dinaiki air.

Lumat merupakan antara kawasan yang dinaiki air dan terjejas banjir. Sehingga tengah hari tadi, beberapa kawasan masih digenangi air.

Justeru itu, Wanita Johor mengambil inisiatif untuk mendekati rakyat dan menziarahi mangsa-mangsa banjir di beberapa buah di Lumat, Membakut.

Antara kepimpinan Wanita Johor yang menziarahi mangsa-mangsa banjir ialah Ketua Wanita UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Wanita UMNO Bahagian Kota Tinggi, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Ketua Wanita UMNO Bahagian Muar, Ketua Wanita UMNO Bahagian Tenggara, Ketua Wanita UMNO Bahagian Ledang, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengerang, Ketua Wanita UMNO Bahagian Bakri, Ketua Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru, Ketua Wanita UMNO Bahagian Sekijang, Ketua Wanita UMNO Bahagian Pengerang dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Sri Gading (pemangku).

Kepimpinan Wanita UMNO Johor ini diiringi oleh Saudara Amran, Setiausaha UMNO Sabah Bahagian Tawau dan Setiausaha Kerja Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor.

Mangsa-mangsa banjir yang diziarahi yang juga pengundi Kimanis turut memaklumkan mereka di sini akan memberi sokongan penuh kepada calon Barisan Nasional yang bertanding di PRK Kimanis.

Pada masa yang sama, mereka berharap kerajaan negeri yang ada sekarang tidak menutup mata dan dapat membantu mereka dari segi penambahbaikan sistem saliran dan perparitan agar peristiwa banjir ini tidak berulang.

#UMNOJohorOfficial #BarisanNasional #UndiBarisan #PRKKimanis #P176 #RaduTatapRadu #TatapBN #UbahBalik

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: