
MEMBAKUT, 15 Januari – UMNO Bahagian Johor Bahru yang diketuai oleh Ketua Bahagiannya, Tan Sri Shahrir Samad telah tiba di Membakut pagi tadi untuk berkempen sempena PRK Kimanis.

Antara yang mengiringi Shahrir Samad ialah Puan Hajah Saadiah, Ketua Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru dan Datuk Adam Sumiru, Mantan ADUN Tanjung Puteri (Larkin). Turut mengiringi ialah Ketua PDM Lumat dan Ketua Cawangan Kg. Lambunau.

Di awal ketibaan, Shahrir Samad bersama rombongan telah melawati Markas PDM Lumat dan beramah mesra bersama ketua-ketua cawangan PDM Lumat.

Pada masa yang sama, rombongan PAS Malaysia turut tiba untuk melawati Markas PDM Lumat.

Selepas itu, rombongan UMNO Johor Bahru berkesempatan untuk menziarahi beberapa rumah pengundi dan berkempen untuk calon Barisan Nasional.

Antara salah satu yang diziarahi ialah rumah Puan Norlizah Hassim, salah seorang MPKK yang meletakkan jawatan baru-baru ini.

Di sebelah pagi, Datuk Seri Ismail Sabri hadir untuk sesi penaziran PDM Lumat untuk persediaan jentera menjelang hari mengundi.


#UMNOJohorOfficial #BarisanNasional #UndiBarisan #PRKKimanis #P176 #RaduTatapRadu #TatapBN #UbahBalik
Leave a Reply