PEMUDA JOHOR KUTUK BUDAYA SAMSENG TAHI KUCING

Pergerakan Pemuda Johor mengutuk insiden serangan oleh sekumpulan lelaki yang didakwa sebagai penyokong Parti Warisan Sabah ke atas rombongan Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia malam tadi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu Sabah.

Tindakan tidak bertamadun itu disifatkan sebagai meroyan setelah kalah di dalam Pilihanraya Kecil Kimanis pada 18/01/2020 yang lalu.

Kekasaran yang dilakukan oleh kumpulan lelaki tersebut adalah bersalahan dengan Kanun Keseksaan Akta 574 dan boleh dihukum di bawah akta yang sama.

Pemuda Johor menggesa Polis DiRaja Malaysia membuat siasatan segera dan seterusnya tindakan mendakwa mereka yang terlibat hendaklah dilaksanakan.

Dengan reputasi PDRM yang hebat, dibantu oleh rakaman CCTV di lapangan terbang tersebut serta klip rakaman video yang kini banyak tersebar serta saksi-saksi nyata, Pemuda UMNO Johor yakin PDRM mampu menyelesaikan siasatan tanpa perlu mendapatkan bantuan kepakaran dari unit luar negara sebagaimana insiden video seks Sandakan yang didakwa melibatkan seorang Menteri Kabinet negara ini.

Justeru sekali lagi, Pemuda UMNO Johor ingin melihat tindakan tuntas PDRM sebagai sebuah institusi penguatkuasaan dan bukanlah hanya dianggap sebagai penonton sahaja. Kami mengharapkan tindakan tegas diambil dengan segera tanpa memprejudiskan mana-mana pihak.

Mohd Fared Bin Mohd Khalid
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Johor / Peguam Bebas

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #UMNOSebuahPerjuangan #DiSiniLahirnyaUMNO #MadeInJohor

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: