MENJUNJUNG KASIH TUNKU MAHKOTA, DIATAS KEPRIHATINAN TERHADAP RAKYAT JELATA – HAIRI MD SHAH

JOHOR BAHRU, 27 Januari – Pergerakan Pemuda Umno Johor menyokong penuh kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berhubung kegagalan kerajaan bertindak secara tuntas dan cepat dalam menangani penyebaran virus yang boleh meragut nyawa.

Sesungguhnya Pemuda Umno Johor berpendapat apa yang diperkatakan oleh baginda Tunku Mahkota (TMJ) adalah tepat kerana baginda sendiri telah menasihati rakyat jelata supaya membuat keputusan tepat dalam memilih kerajaan dua tahun lepas.

Namun, rakyat ketika itu tidak mempedulikan nasihat berkenaan, malah menuduh baginda berpolitik, namun apa yang baginda Tuanku sebut dua tahun lalu, hari ini rakyat menerima kesannya.

Tetapi, tidak mengapalah, sebagai sebuah negara demokrasi, kita menghormati suara dan keputusan rakyat. Rakyat telah buat keputusan dan rakyat telah dapat menilai pilihan yang dibuat mereka.

Alhamdulillah, kebenaran berada di hadapan kita kini, dan rakyat yang mengundi kerajaan rejim PH sendiri telah sedar kesilapan mereka, kita tak salahkan rakyat kerana mereka telah terpesona dengan janji-janji penipuan kerajaan PH yang dikuasai DAP. Rakyat sudah sedar dan mereka mahu ubah kembali bila tiba masanya.

Pemuda UMNO Johor ingin merakamkan penghargaan kepada baginda Tunku yang kembali bersuara menyatakan kebenaran demi membela nasib rakyat, kita dapat lihat kepincangan dan kelemahan kerajaan kini dalam menangani isu-isu semasa termasuk penyebaran virus Koronavirus yang telah mendatangkan kegusaran dalam kalangan masyarakat awam.

Kenyataan-kenyataan pemimpin negara dengan keputusan yang tidak meyakinkan rakyat dalam isu ini pasti memberi kesan terhadap keyakinan masyarakat pada pemerintah hari ini.

Agak menghairankan kerajaan kita masih tidak mahu menekan butang panik dengan menyekat kemasukan pelancong dari China buat sementara waktu, apakah kerajaan kini telah tersepit dengan beberapa rundingan semula membabitkan projek mega antara Malaysia dan China?

Adakah Perdana Menteri Malaysia iaitu YAB Tun Dr Mathadir Muhamad menerima desakkan dari pemimpin parti DAP?

Inilah natijahnya apabila kita berada di bawah kepimpinan kerajaan yang lemah yang suka berpolitik dan mencari gaduh sehingga merosakkan hubungan dua hala dan akhirnya tersepit bila isu sebegini timbul sehinggakan soal keselamatan rakyat diambil ringan.

Jesteru Pemuda UMNO Negeri Johor mendesak agar pemimpin tertinggi pakatan harapan menekan butang panik atau membiarkan sahaja Rakyat Malaysia menerima wabak itu secara sengaja yang dibawakan khas oleh pemimpin-pemimpin PH.

Sama-samalah kita memanjatkan doa kepada Allah SWT supaya negara kita bebas daripada bala wabak virus Koronavirus ini.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan #PemudaTerasKebangkitan

MOHD HAIRI MAD SHAH merupakan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor dan merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: