KEMENANGAN BN DI PRK TANJUNG PIAI & PRK KIMANIS JADI TONIK KEBANGKITAN UMNO JOHOR BAHRU

JOHOR BAHRU, 1 Februari – UMNO Johor Bahru terus mencorak langkah persiapan dalam menghadapi PRU-15. Dalam merampas semula kerusi, UMNO Johor Bahru mengambil inisiatif mengadakan program Pencerahan PRK Tanjung Piai dan PRK Kimanis.

Program tersebut telah dihadiri hampir 100 orang hadirin yang terdiri daripada ahli-ahli UMNO Bahagian Johor Bahru dan turut dimeriahkan dengan kehadiran Tan Sri Shahrir Samad selaku Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru serta kepimpinan bahagian.

UMNO Johor Bahru yang terlibat penuh pada kedua-dua PRK tersebut telah mencurahkan segala bentuk ilmu dan pengalaman untuk dikongsikan kepada ahli-ahli UMNO untuk dijadikan bekalan dan tonik kebangkitan dalam menghadapi PRU-15.

Sesi perkongsian pengalaman telah disampaikan oleh Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Johor Bahru, Puan Nurul Azwa Haji Saruyani; Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru, Saudara Hairi Mad Shah dan; Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Johor Bahru, Puan Hajah Saadiah Hussin yang terlibat penuh dalam kedua-dua PRK Tanjung Piai dan PRK Kimanis.

Sebelum itu, program telah dimulakan dengan ucapan oleh Datuk Haji Adam Sumiru selaku Ketua Pegawai Operasi Pilihanraya UMNO Bahagian Johor Bahru. Antara pengisian ucapan beliau ialah berkaitan perancangan dan halatuju UMNO Johor Bahru dalam misi merampas semula kerusi DUN dan Parlimen Johor Bahru.

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit #UMNOSebuahPerjuangan #JohorBahruBangkit #UMNOJB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: