PEMUDA JOHOR KESAL DENGAN SIKAP KETUA ARMADA MALAYSIA BERSANDIWARA LAGI

JOHOR BAHRU, 1 Februari – Ketua Pemuda UMNO Johor hari ini menyelar kenyataan biadab Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berhubung dakwaan kononnya beliau diserang oleh 200 gangster di Ulu Tiram, Johor yang dikaitkan dengan UMNO.

Hairi dalam kenyataannya menjelaskan bahawa kenyataan Ketua ARMADA itu merupakan satu pembohongan yang berniat jahat untuk mengeruhkan keadaan serta bertujuan merosakkan imej UMNO tatkala Pakatan Harapan dan Bersatu ditolak oleh rakyat ketika ini.

Siapa tidak kenal dengan menteri tidak matang ini yang sering mengeluarkan kenyataan berunsur “penipuan”, bahkan kes “tisu koyak” beliau dengan Papa Gomo masih berlangsung di Mahkamah, sekarang beliau menimbulkan isu baru bagi menarik perhatian umum, ujar Hairi lagi.

Tambah Hairi lagi, ini adalah suatu bentuk sandiwara dan rakyat Malaysia sendiri  secara umumnya sudah mengetahui kemelut yang berlaku dalam BERSATU ekoran menjelangnya pemilihan parti itu tidak lagi lagi.  Ini termasuklah isu wakil rakyatnya yang dikaitkan dengan penyalahgunaan dadah yang hangat diperkatakan baru-baru ini.

“Semakin dekat dengan pemilihan parti semakin banyak wayang ataupun drama akan dimainkan Syed Saddiq untuk menarik perhatian dan sokongan bagi mempertahankan jawatannya selaku Ketua Armada”

Hairi yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Johor Bahru berkata rakyat sudah muak dengan wayang murahan ini yang dimainkan oleh Ahli Parlimen Muar itu. Justeru itu, Pemuda UMNO Johor akan membuat satu laporan polis berhubung tuduhan jahat Syed Saddiq itu. Apa yang menghairankan adalah apabila Syed Saddiq dapat mengira jumlah kumpulan samseng berkenaan seramai 200 orang dan mengetahui yang mereka ahli UMNO, soal Hairi .

Berhubung tindakannya memuat naik kenyataan di Facebook, Pemuda UMNO Johor menggesa pihak berkuasa menjalankan supaya siasatan terhadap pemilik Facebook berkenaan iaitu Syed Saddiq di bawah Seksyen 500 dan 504 Kanun Keseksaan kerana memiftnah dan Seksyen 233 (1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana salahguna kemudahan komunikasi untuk sebaran maklumat jelik.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO ##UMNOSebuahPerjuangan #PemudaTerasKebangkitan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: