SHAHRIR SAMAD MAHU UMNO BANGKIT DAN MENANG SECARA BERMARUAH

JOHOR BAHRU, 3 Februari – Sabtu lalu UMNO Johor Bahru telah menganjurkan program Pencerahan PRK Tanjung Piai dan PRK Kimanis. Di sebelah pagi, program tersebut telah diisikan dengan slot penerangan pilihan raya oleh Datuk Haji Adam Sumiru selaku Ketua Pegawai Operasi Pilihanraya UMNO Bahagian Johor Bahru dan slot pengalaman PRK Tanjung Piai dan PRK Kimanis oleh Ketua-Ketua Sayap UMNO Bahagian Johor Bahru.

Di sebelah petang pula, pengisian program tersebut telah diisi dengan ucapan daripada kepimpinan-kepimpinan UMNO Johor. Antaranya slot Bicara Kata oleh Tan Sri Shahrir Samad, ucapan perutusan oleh Datuk Ir Hasni Mohammad selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan ucapan amanat oleh Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin selaku Naib Presiden UMNO Malaysia.

Dalam slot bicara kata oleh Tan Sri Shahrir Samad, beliau menitipkan beberapa perkara untuk UMNO Johor Bahru bangkit. Ikuti sedikit ulasan bicara kata yang sempat dicoretkan dalam penulisan di bawah.

AHLI UMNO SEBAGAI AGENSI PENERANGAN

Dalam slot bicara kata oleh Tan Sri Shahrir Samad, antara perkara yang ditekankan oleh beliau ialah soal peranan ahli UMNO. Beliau meminta agar ahli-ahli UMNO menjadi agensi pencerahan dalam menangkis persepsi-persepsi buruk yang pernah dilemparkan kepada Barisan Nasional sebelum ini.

“Kekalahan BN pada PRU-14 lalu adalah kerana isu-isu nasional. Kita tewas kepada isu yang kita tidak dapat kawal dan kita tidak dapat atasinya” – Tan Sri Shahrir Samad

Menurut pemimpin UMNO yang berpengalaman itu, isu nasional yang pernah dimainkan oleh Pakatan Harapan dahulu, sekarang sudah berbalik kepada mereka (PH) dan jadi peluru buat kita (BN) seperti mana yang berlaku di PRK Kimanis dan sebelum-sebelumnya.

Di Tanjung Piai, pihak PH menang dari segi jawatan-jawatan. Sebagai contoh jawatan ketua kampung dipegang oleh mereka tetapi telah dikalahkan oleh orang-orang kampung mereka sendiri, jelas beliau.

KELEBIHAN PROGRAM ZIARAH KASIH

Pada masa yang sama, Ketua UMNO Bahagian Joor Bahru itu menyarankan agar kita (ahli UMNO) perlu memperkuatkan ilmu berkenaan isu nasional. Pada kempen di PRK Tanjung Piai tempoh hari, beliau dan jentera UMNO Johor Bahru mengambil pendekatan berjumpa dengan ketua keluarga (pengundi). Hasil perjumpaan tersebut, beliau dapat memberikan penerangan kepada pengundi berkenaan isu-isu nasional.

Jelas beliau lagi, melalui program ziarah kasih sedemikianlah penerangan itu dapat disampaikan secara jelas berbanding dengan program ceramah-ceramah besar. Doktrin-doktrin yang dipasakkan oleh Rafizi Ramli dan pemimpin-pemimpin PH kepada rakyat pada PRU lalu boleh diselesaikan melalui perbualan ‘face to face’ (bersemuka) kerana pendekatan ceramah dilihat kurang berkesan.

Tambah Shahrir Samad lagi, pemimpin UMNO khususnya perlu turun ke bawah dengan fakta dan perkara ini turut diterapkan oleh beliau semasa kempen di Kimanis.

TARIK SEMULA SOKONGAN ORANG MUDA

Bersandarkan kepada keputusan PRK-PRK yang telah UMNO lalui, Shahrir Samad menjelaskan pengundi muda sudah mula kembali kepada BN. Tidak mahu terbuai dengan senario tersebut, beliau menegaskan bahawa UMNO-BN perlu terus memerah otak dan memikirkan pendekatan lebih berkesan untuk pengundi muda balik semula kepada BN.

Beliau yang turut dikenali sebagai Tok Uban, turut menyambut baik usaha Penyatuan Ummah dan Muafakat Nasional yang diperkenalkan oleh UMNO-PAS. Jelas beliau, usaha ini terbentuk akibat daripada kemenangan PH dan di bawah pemerintahan mereka telah munculnya isu-isu yang mengundang kemarahan orang Melayu seperti isu ICERD  dan isu Statut Rom.

Di akhir bicara, beliau mahu melihat UMNO bangkit dan menang secara bermaruah.

“Politik orang Melayu dari dulu menolak kekerasan. Politik orang Melayu adalah dengan cara perundingan tetapi ada ketegasan dalam perundingan.”

#UMNOJohorOfficial #MadeInJohor #DisiniLahirnyaUMNO #AmaldanUsaha #UMNOJohorBangkit #UMNOSebuahPerjuangan #JohorBahruBangkit #UMNOJB

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

WordPress.com.

Up ↑

Komuniti Johor

Selatan Negeri Kami

JohorTimes

Daily Video News

Negara Insider

We Fight Because We Believe

MediaRakyat

#MediaRakyat #RakyatBangkit #NajibRazak #NajibRazakFans #UMNO #BarisanNasional #Malaysia

Ahmad Ali Karim's Weblog

probably one of the youngest bloggers ...

Discover

A daily selection of the best content published on WordPress, collected for you by humans who love to read.

%d bloggers like this: