MUAR, 3 Februari – Mengulas berita YB Syed Saddiq diserang oleh sekumpulan gengster ketika satu perjumpaan Parti Bersatu, Mohd Helmy Abd Latif menegaskan bahawa UMNO dan barisan Pemuda UMNO khususnya, menolak dan menyelar aktiviti gangsterism dan kekacauan yang berlaku di Ulu Tiram baru-baru ini.
Menurut Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Muar itu, kejadian yang memaksa Menteri Belia dan Sukan memanjat pagar tidak sepatutnya berlaku.
Pada masa yang sama, Helmy dan barisan Pemuda UMNO menzahirkan rasa kurang senang apabila YB Syed Saddiq cuba mengaitkan UMNO dengan kumpulan gangster.
Beliau juga menyelar kenyataan yang ditimbulkan oleh Ahli Parlimen Muar yang tanpa segan silu mengaitkan dalang kejadian tersebut ada kaitan dengan Istana Johor.
Pada hemat Helmy, YB Syed Saddiq seharusnya menyalahkan diri sendiri ekoran pergolakan antara beliau dengan ahli Armada dan Bersatu.
“Rumah sendiri yang makin hangus terbakar, sibuk pula menuding jari pada orang luar”
Helmy turut menggesa agar Ketua Armada Malaysia itu menghentikan permainan persepsi dan sandiwara politik beliau. Pada masa yang sama, beliau juga percaya orang Muar bijak menilai dan tidak mudah termakan dengan fitnah dan drama persis sinetron bermutu rendah daripada Ahli Parlimen Muar itu.

#UMNOJohorOfficial #AmaldanUsaha #MadeInJohor #DiSiniLahirnyaUMNO #UMNOSebuahPerjuangan #PemudaTerasKebangkitan
Mohd Helmy bin Abd Latif
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO
Bahagian Muar
Leave a Reply